Home arrow Cerita anak beranak arrow Dugaan Allah
Dugaan Allah PDF Print E-mail
User Rating: / 0
PoorBest 
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Saturday, 01 March 2008
Jumlah Hits: 389 kali



Sehari dua ni, kelang-kabut betul hidup aku dibuatnya. Dari start Yanie discharged dari hospital Rabu aritu sampai hari ni. Satu demi satu planning kantoi. Khamis arituh kononnya nak settlekan MyKid Faris, terkantoi pasal aku tak jumpa cari surat nikah. Ntah mana disimpan dek Yanie aku pun tak tahu. Habis satu rumah aku selongkar dah macam baru lepas kena rompak dek penyamun jadinya. Dari kul 9 malam sampai ke pukul 1 pagi menggeledah tak jumpa. Tapi aku gamble jugak pergi slowtalk dengan officer kat JPN tu. Tapi tak boleh gak. Yanie memang tak larat nak balik rumah ni, dia lepak rumah mama. Jumaat ni nak -tak nak, dah kena balik Pahang.

Nak jadi cerita, tengahari tuh datang pulak misi dari hospital Putrajaya datang buat checking ke rumah. Ale-ale dia kata Faris ada tanda-tanda Jondis (Demam Kuning). So petang tu jugak dia suruh bawak balik Hospital Putrajaya untuk buat Blood test.

"Berapa bacaan yang melayakkan dia kena tahan ward?" AKu tanya.

"Dalam 200 keatas la." Kata Nurse tu.

"Bukan apa nurse.. anak first saya aritu dah kena macam ni. sampai 2-2 kaki, 2-2 belah tangan kena cucuk jarum untuk amik darah. Pas situ, sini. Pas sini, situ. Ale-ale doktor kata 'ooo anak encik tak teruk lagi, boleh bawa balik, jemur kat matahari." Senyap nurse tu. Tapi takleh nak salahkan dia gak. So aku decidde nak bawak private. Memandangkan masa takde. Kalau gi government, sure lambat nak tunggu result keluar. Dah la dalam keadaan Yanie yang belum cukup kuat ni.

Danish N Faris
Release tention aku bila tengok diorang tidur...

Bawak gi Az-Zaharah, Bangi petang tu gak. Check bacaan dia, 158. Tapi esok doktor suh bawak sekali lagi untuk check samada berkurang atau makin menaik. Balik tuh Yanie dah cam demam-demam dah. Bawak balik Nilai. Danish pulak sejak ada Faris ni, lain macam betul behaviour dia. 'Jeles' gila-gila punya. Kalau leh memang dia tak nak aku atau mummy dia duk mengadap Faris. Mulalah dia merengek. Isk! Bila lah baru dia leh accept kehadiran adik dia dalam hidup kitorang nih.

Plan nak balik kampung tadi tak kesampaian. Aku pun kekejap nak kena handle Danish, kekejap nak handle Faris. Mujur Lee ngan Ekram ada balik tengahari. Leh gak nak gi semayang Jumaat dulu. Balik tuh mama dah habis meeting. So Danish tinggal dengan dia. Bawak Faris gi Az-Zaharah untuk blood test lagi. hopefully menurun la demam dia.

Dalam wad Az-Zaharah, Bangi.

Wrong! test tadik bacaan naik sampai 209. Doktor bagi option untuk aku datang semula esok. Aku kata dari tunggu esok, kenapa tak masuk wad hari ni jer terus? Terus admited. Amik bilik yang 4 bedded punya, Dalam RM70 sehari. Bilik yang sama masa Danish kena Direa dulu. Then rushing pulak balik Nilai nak amik barang-barang baby dengan Yanie. Sambil tuh terus packing bebarang nak balik kampung bubuh siap-siap dalam kereta. Tengah kekemas, Yanie call nangis-nangis kata tak sampai hati tengok baby nangis dalam bilik treatment sebab nak susu. Bilik dengan bilik treatment tu jauh. So nak tak nak upgrade bilik single bed, dalam RM145 sehari. Aku sampai dalam pukul 11 malam tengok dia dah pindah bilik. Kalau bilik single ni dia kasi treatment baby dalam bilik yang sama. So senang untuk Yanie monitor. Bilik pun privasy sket siap complete dengan TV. Okey la. Takde la boring sangat.

Dalam kul 1 terpaksa balik tinggalkan Yanie dengan Faris. Nak settlekan kerja-kerja rutin mymode aku pulak. Esok ni tak tahu lah macamana. Balik ker tak kampung esok ni...........?

- Tokey C tutup untuk jangkamasa yang agak panjang sehingga kesibukan dapat dikurangkan.
- Kerja-kerja mengupgrade web, email education, followup dan sebagainya dihentikan buat sementara waktu.
- Terima kasih sebab beri sedikit ruang untuk aku bernafas.....


Share/Save/Bookmark
» 4 Comments
1Comment
at Sunday, 02 March 2008 20:23by anis
salam. bro..wah comelnyer lahai ngk faris n danish titun samer2 hehehe comel2 ...bleh plak danish titun sebelah faris erk...takde plak ddi buek wresling adik dier erk :p:p
2Comment
at Tuesday, 04 March 2008 11:33by suzi
harap incik eddie dpt le bersabar... dan kena lebih kuat dari yanie. Sian Yanie... kalau dedekat leh gak dtg jenguk... ini nak harapkan big boss suzi tu... alahai. Nanti kem salam kat yanie eh... cute betul tengok danish & faris tido sesama... rasa sebak gitu...
3Comment
at Wednesday, 05 March 2008 06:39by zyra
aiyakk... saboo inchik... dugaan nih sumer... dulu mase arwah tok ader, kitorg sumer xkene kuning nih... alhamdulillah laa... sbb arwah tok akn make sure kitorg sumer kene jemur kt matahari pg selama 7 hari berturut²... peace!! :D
4Comment
at Sunday, 09 March 2008 10:18by Eddie
Alhamdulillah skang dah okey. Tu lah kebaikannya susu ibu berbanding susu lembu. ahaks!
» Post Comment
Email (will not be published)
Name
Title
Comment
 remaining characters
Captcha Image Regenerate code when it's unreadable
 
< Prev   Next >

Daddy Gallery

Daddy's Gallery

Tell a Friend

Login Form






Lost Password?

Recommended

http://unme.my/88x31.gif

Speedfinger Portal
 
http://mfactor.com.my/images/banners/BSMS.gif

Shouting Area


Free chat widget @ ShoutMix

Daddy Counters

Hari ini: 202
Semalam: 247
Bulan ini: 1273
Keseluruhan: 42742
Max.daily visits: 1380
  occurred: 2008-7-16
Max.monthly visits: 9793
  occurred: 2008-7
Pages today: 1432
Pages yesterday: 1665
Pages this month: 8268
Pages total: 343174
Data bermula: 2008-06-12

Who's Online

We have 1 guest online

Syndicate

Search Engine Keywords

Sponsored Links

Local News


MyBlogLog widget

e-Novel Koi

e-Novel - Aku, dia dan sepasang kasut converse

My Wish Lists

  • Laptop
  • PDA Phone
  • Camera Phone - SE K850i
  • TV LCD 39"
  • Peti Sejuk 2 pintu
  • New haircut
  • Double Storey Link Semi-D
  • Proper working place
  • Baby girl
  • Zippo Black Ice® 150ZL