Jumlah Hits: 270 kali
Hari ni dah masuk hari ke-4 Danish demam. Yang peliknya, asyik ON, OFF pulak demamnya. Satu masa suhu badan naik, bila beri makan ubat, ok. Badan berpeluh, dia pun aktif macam biasa huha sana huha sini, lari sana, lari sini. Tak sampai 4,5 jam, tetiber monyok. Nak berdukung.. Takmo letak langsung. Time tu start balik panas badan dia. Cool fever yang aku stock up satu kotak besar bawak balik kampung tadi aku dah gunakan kepingan yang terakhir. Ubat yang masuk kot montot tuh aku dah gunakan biji yang terakhir malam semalam. Yang ada cuma ubat sirap demam je. Aku pun dah mula tak yakin dengan kesannya bila melihat keadaannya 2,3 hari ni. Mulanya ingatkan demam sebab nak tumbuh gigi. Memang kalau lihat, gigi bawah dia ada macam nak tumbuh lagi 2 batang. Tapi sebelum ni demam tumbuh gigi ni sehari dua je. Yang ni cam dah lama sangat jer. Pulak tu ketara sangat. Malam jer, Suhu badan naik gila-gila. Tadi pun aku sukat sendiri sampai 39.6 celcius suhunya. Then bila bagi ubat paginya, by noon, dah ok. Memang nampak macam dah betul-betul sihat jer. Tak sampai pukul 3ptg, dah demam balik. Bila dia asyik merengek itu tak kena, ini tak kena, kekadang tu ilang jugak sabar aku. Merasa la kena tengking. Kalau ikutkan, nak aku tangan-tangan kan aje. Sorry.. Daddy tak sengaja. Daddy tahu Danish tak sedap badan. Cuma Daddy letih... Daddy ngantuk sesangat...
Petang tadik aku bawak klinik Baharom kat DARA. Tutup pulak hari sabtu sampai kul 5 petang je. Tak boleh betul la aku kalau dia tak sihat macam ni. Bila melihatkan kebiasaan dia yang hyper active, ceria, tetiba moyok, merengek jer, isk. Tadi pun sebab dia tak nak duduk, asyik nak berdukung jer, aku bawak pusing-pusing dengan kereta. Sampai rumah, dia dah tidur. Sebab takmo mengejutkan dia, aku pun ikut tidur sekali dalam kereta. Dapatlah jugak sejam setengah dia tidur. Bila dia tidur, tangan aku yang peluk dia terasa berbahang. Kekejap dia tersentak macam orang mengigau. Ya Allah.. kesiannya. Danish... cepat la sihat. Takmo lah nangis-nangis macam ni. Esok Ahad. Klinik sini memang takde yang bukak. Tapi kalau keadaan memaksa, aku henjut jugak ke Kuantan. Danish cepat sihat yer.. Daddy nak tengok Danish happy, ceria, active cam biasa..
» 4 Comments
1Comment at Monday, 24 March 2008 15:56
ala siannya danish... ooo daddy nih... danish baru nak merengek sikit.. memanja gitu. Ala gitu le gayanya dpt adik kot... aih mcmana le kalau Haikal ni esok dpt adik. Grrrr..
2Comment at Monday, 24 March 2008 18:42
ciannye danish.. nephew saya pun mcm ni gak..jap demam jap tak....bila bg ubat, letak cool fever dia ok..leh main2...tiba2 kang merengek2,bdn panas...taknak tdo, taknak mkn,taknak susu.. bila rase ngantok, dia tertido pastu terkejut terkejut..nangis2.. pastu tadi bwk g berubat kampung..org tu kata, semangat dia hilang..lepas tu baru ok..dh leh main2 dh.ketawa2.. biasa la budak2 kan..
3Comment at Monday, 24 March 2008 21:42
Hehehe.. biasa takmo pulak dia suruh dukung jer walaupun dah ada adik Faris.. Dia pun dah start boleh terima kehadiran adik dia dalam hidup dia. Skang nih dah pandai sayang adik. Biler adik nangis jer dia gi tepuk-tepuk pujuk suruh diam. Memula dulu jer sekejap dalam seseminggu yang pertama. Masa tuh pantang nampak mummy dia riba adik, dia pun nak duduk atas riba jugak.
4Comment at Monday, 24 March 2008 21:47
Dah tahu sebab dia demam ON-OFF tu. Sebabnya tak makan antibiotik. Biasanya kalau gi klinik doktor akan bagi ubat demam dan antibiotik. Ubat tuh kalau dah tak demam boleh stop, tapi antibiotik kena habiskan. Arituh sebab masih ada balance ubat demam dia, bagi ubat demam je. Antibiotik walaupun masih ada tapi dah expired (antibiotik kena habiskan dalam tempoh 10 hari jer maximum selepas kita bukak botol dia. lepas tuh dah takleh makan lagik. pas bawak i klinik smalam, bagi antibiotik sekali baru kebah betul demam dia.
» Post Comment
|