Home
Buah Hati Pengarang Jantung Daddy (Part 2) PDF Print E-mail
User Rating: / 0
PoorBest 
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Wednesday, 27 February 2008
Jumlah Hits: 1167 kali

Macam dah jadi makanan rasmi setiap kali Yanie nak beranak pulak nasi lemak bungkus ni. Kalau dulu masa time Danish, memang aku akan stanby nasi lemak waktu datang melawat time tengahari untuk makan sama-sama dengan Yanie. Tapi kebetulan tadi elnino melanda, so terlewat la sket. Kul 3 baru sampai sedangkan waktu melawat sampai kul 2 jer. Kalau nak masuk gak, tunggu lah kul 4 pulak nanti. Isk! Aku masuk selamba jer. Kat hospital putrajaya ni, kalau ngko kena tahan dengan sesapa tak bagi masuk, kata jer "Saya kejap jer ni.. nak hantar barang.". Dalam masa yang sama, bawaklah beg plastik sket. Ahaks!

 So sebab bukan waktu melawat, aku lepak kejap jer la kat atas. Niat nak makan dengan dia tak kesampaian la jawabnya. Yanie pun dah habis makan. SO aku turun, makan dalam keter sementara nak menunggu kul 4 petang. Nak balik Nilai, bukannya dekat.

So next time, kalau korang nampak aku makan nasi bungkus sorang-sorang, means Yanie nak beranak lagi la tu... Har! har!

Dalam keter sempat gak menuntut dengan Abg Long, macamana nak buat 'Air Selusuh'. Masa Danish dulu aku buat gak. Tapi main bantai jer. Baca Fatihah, 3 kul, ayat kursi, selawat. Gitu-gitu jer. Kali ni tanya betul dari orang yang arif. Long suh baca 'ayat jabalin' 7 kali. Sempat la buat pada air mineral sebelum aku naik semula.

Kul 4, aku naik balik. Yanie masa tuh dah start contaction selang 5 minit. Doktor masukkan ubat induse untuk bagi 'bukak jalan' cepat sikit. Sebab dari semalam still 3cm tak gerak-gerak. Nanti 4 jam lagi doktor akan datang balik pecahkan air ketuban dia. Aku ingat nak pecahkan sendiri jer. Tapi takut doktor kata membelakangkan dia pulak nanti (Hahaha stail cakap besar!)

Ha.. Ni time sakit la nih.

Time nih time ok. selang 5 minit, kembalilah keadaannya seperti gambar sebelum ni tadik.

Kul 6, makanan sampai. Terasa gak nak pau nasik ayam masak kari dia tu tapi mengenangkan dia nak guna tenaga banyak pas nih, aku control nafsu jer la.

Haa.. ni la gayanya orang tahan nafsu makan. Isk! Lambat plak mummy habiskan nasik dia. Tak terabis ker? Nakkan bantuan? (Rambut dah pendek skang. .. etettete)

Yanie dah habis makan. bergambor sakan dulu. Masa ni emmang takde gaya nak beranak lagik. SO akan pun dah planning nak balik jer, sambung main game Paraoh Cleopatra aku. Erkk!!

Danish menyerang tepat pukul 6:30 petang. Datang dengan nenek dan Untie El nya. Habis dia memekak kat dalam ward tu. Lari kehulu, lari ke hilir. Dulu time Yanie beranakkan dia, ada orang kat katil sebelah bawak anak-anak melawat dia buat bising macam ni la jugak. Time tuh nak jer aku grip kepala budak yang lari menjerit-jerit tu. Tapi kali nih, terkena ke batang hidung sendiri la pulak. Ish! Danish ni buat malu Daddy jer la..

Mummy lepak borak-borak ngan Untie El. Danish? Terpaksa dilarikan oleh nenek keluar untuk mengimbangi keadaan. Eh! Silap!! Bukan nenek bawak lari Danish.... tapi Danish yang tarik nenek ajak keluar nak gi Heagone!

Dalam kul 8 tu terus rushing balik Nilai. Aku planning nak stay umah Putrajaya malam ni. So nak gi amik laptop supaya aku leh buat kerja. So esok kalau Yanie deliver senang sikit aku nak berulang dekat.

1 Jam Selepas Itu..

"Abang.. Yanie dah nak masuk Labour room. Abang datang terus gi kat atas yer.." Suara Yanie dalam tepon terketar-ketar tahan sakit. Ish!! Grab laptop, sumbat dalam beg, terus Impak Maksima kejap. Kepada sesiapa yang menggunakan Highway Salak Tinggi - Putrajaya malam tadi, kalau ternampak orang bawak keter Gen2 hitam macam orang nak mampus, harap maafkan la dia.

Tak sampai 20 minit aku dah sampai Hospital Putrajaya dari Nilai. Huish! Terus isi borang untuk masuk temankan isteri kat dalam labour room dan tak sampai 30 minit, nurse panggil. Aku masuk jer bebetul time adengan 'push mengepush'. Tak sampai 5 minit, Cepluishh!

Alhamdulillah.. selamat keduanya. Aku syukur sangat. Tambah syukur bila semuanya berjalan lancar kali ni. Tak cam Danish dulu. Banyak sangat rintangannya.

Lama lepak dalam labour room tuh. Nurse tak kacau pun. Memang busy gila diorang. Dalam mada aku duduk dalam tuh saja aku rasa dekat 4 orang pulak yang beranak. Lepas sorang menjerit, sorang lagi. Lepas bilik no 1, nurse-nurse berkejar ke bilik no 2. Doktor ada 2 orang, tapi memang takleh nak handle. Yanie sendiri pun 2 orang Nurse jer yang sambut. Memang kelang kabut betul dalam tuh. Dari semalam memang ramai orang beranak. Sampai katil pun kena que. Ish!! Apa yang specialnya 9 bulan lepas ek? Huhuhu

Gambor ngan newborn baby. Cam yang korang nampak.. kain bedung baby tuh ada gambor menatang yang paling aku suka. Nenoeneno. Samalah hakikatnya cam Danish dulu. Dari plate makanan, sampai lah ke toys, semua katOk hijOo!!

Ni la dia makhluk yang duduk dalam perut Yanie selama 39 minggu. Kitorang dah decide nak bubuh nama dia Adi Akmal Farish. Terima kasih kepada semua yang sudi berkongsi kegembiraan ini.

P/s: Tadi siapa perempuan yang call aku dalam pukul 8:45 malam nak tanya pasal 'Macamana nak register downline mymode'. Sorry sebab kena sergah dengan aku. Ko call 3 kali aku tak angkat, aku ingat ko paham. Bila ko call kali yang keempat tu, tu yg emosional sikit. Sebab aku memang tengah busy sangat dan banyak mender nak kena settlekan tadi... Sorry. Tambah pulak bila ada sorang downline mengadu yg downline dia buat payment kat aku, pas tu kononnya aku amik register bawah aku sendiri (aku cukup pantang orang tuduh aku cam nih) bila aku check-check, orang tuh betul aku registerkan bawah dia, tapi level 2! Arghhh!! Tention! Ada lagik orang macam ni!!


Share/Save/Bookmark
» 17 Comments
1"Datin (he he he)"
at Wednesday, 27 February 2008 07:59by Norafesa
To Eddie & Yanie... congratulations for the born of 3.7kg Adi Akmal Farish (ke Faris... Yanie cakap Faris?terkonpius sekejap)...masuk opis pukul 7.30pg terus bukak blog nie pasal nak tgk, mesti daddy dia dah upload gambar newborn banyak2 wlpn mummy dah mms gamba before subuh tadik.. so cute..so tembam...Danish dah jadi Abg Long :)  
 
May the bewborn brings extra joy and happiness to your little family... Insya Allah ..!!
2Comment
at Wednesday, 27 February 2008 12:43by suzi
wah tahniah eddie & yanie, 
 
sudah dapat baby baru... sungguh putih melepak... ish berdebar pula tunggu turn suzi nih.
3Comment
at Wednesday, 27 February 2008 16:18by Eddie
Thanks Nora. Amin.. Lebih banyak gambar akan menyusul la nampak gayanya. Ahaks. Pasal Nama tu, Faris la kot. Sebab Faris tu memang Mummy dia yang kasi. Kalau ikutkan aku, Aku nak bagi nama Caster Troy, tapi mummy dia tak bagi. Hahahah. 
 
Suzi, bila due? all the best!
4"Tahniaaahhhh..!!!"
at Wednesday, 27 February 2008 17:08by Putera Owen
pasni danish ade geng nak wrestling la.. hiyakk.. ape lagi danish.. people's elbow la..!! hehhee.. 
 
tahniah la bro.. bertambah lah rezeki bro pasni.. amin..
5Comment
at Wednesday, 27 February 2008 17:49by anis
wahhhhhhhhhhh,..tahniah bro..comelnyer lahaiiiiiiiii...nama pun besh..pasnih ade la geng danish bertumbuk n gi heagone ..tahniah yanie n bro eddie...
6Comment
at Wednesday, 27 February 2008 18:41by Eddie
Thanks owen, anis. 
Tul la tuh. Sebab kesiankan Danish duk main sensorang la Daddy ngan Mummy dia buat sorang lagik. Hahahha
7"Congrats!!"
at Thursday, 28 February 2008 01:19by puterilazuardi
isk...comey nyer....congrats for both of u!! 
semoga bertambah rezeki...amin..
8"2nd baby"
at Friday, 29 February 2008 01:22by Joe
congrats eddie n yanie...
9Comment
at Friday, 29 February 2008 08:08by Hydolarc
huhuhu hope not to late to congrats u bro...huhuhuhu...hahaha abihla ekau 2 hero...
10Comment
at Friday, 29 February 2008 11:03by ZaidiRAzali a.k.a edyanie
tahniah bro..wah, ada 2 hero sekarang...jika mymode bertahan 20 tahun lagi, maknanya mereka lah yang akan tolong bro wat biz ni lebih kencang ;) 
 
downline ni biaselah. mcm2 peel..rilek bro ek :)
11Comment
at Saturday, 01 March 2008 02:27by Eddie
Tenkiu puterilazuardi, Joe n not to forget Hydro'. Ahaks. Korang bila la plak gamaknya. 
 
Zaidi, harap-harapnya macam tu lah. Anak aku yang first dah 4starCM. Yang second ni tengah develop. Skang nih baru CM jer. huhuhu.
12"king"
at Saturday, 01 March 2008 15:28by rfsx
congrats boss~ 
lmbt sket wish plak..seminggu tak online sgt..hehehh~
13Comment
at Saturday, 01 March 2008 18:28by Eddie
cecece rupuh... cam la tak kenal nick tulis cenggituh. Ahaks. anyway, thanks bro.
14"alexibodom"
at Monday, 10 March 2008 22:02by Yusran
Congratz bro! Kim salam yanie ye!
15Comment
at Wednesday, 12 March 2008 09:45by heryboy75
tahniah bro..wlpn lewat bg wish kt korang berdua...
16Comment
at Friday, 14 March 2008 10:28by honey
salam... 
tahniah bro dari honey (hehehehe rasenye tak terlambat lagi, honey ni plak ntah bile la nak dapat baby).. kirim salam kat akak ye..
17Comment
at Saturday, 15 March 2008 23:00by rESt2honey
tq honey. a`ah ek, honey ni biler pulak? huhuhu.
» Post Comment
Email (will not be published)
Name
Web Address
Comment
 remaining characters
Captcha Image Regenerate code when it's unreadable
 
< Prev   Next >

Daddy Gallery

Daddy's Gallery

Tell a Friend

Login Form






Lost Password?

Recommended

http://unme.my/88x31.gif

Speedfinger Portal
 
http://mfactor.com.my/images/banners/BSMS.gif

Shouting Area


Free chat widget @ ShoutMix

Daddy Counters

Hari ini: 23
Semalam: 179
Bulan ini: 1005
Keseluruhan: 21973
Max.daily visits: 1380
  occurred: 2008-7-16
Max.monthly visits: 9793
  occurred: 2008-7
Pages today: 331
Pages yesterday: 1643
Pages this month: 6975
Pages total: 206616
Data bermula: 2008-06-12

Who's Online

We have 1 guest online

Syndicate

Search Engine Keywords

Sponsors

Local News


MyBlogLog widget

e-Novel Koi

e-Novel - Aku, dia dan sepasang kasut converse

My Wish Lists

  • Laptop
  • PDA Phone
  • Camera Phone - SE K850i
  • TV LCD 39"
  • Peti Sejuk 2 pintu
  • New haircut
  • Double Storey Link Semi-D
  • Proper working place
  • Baby girl
  • Zippo Black Ice® 150ZL