Home arrow Tips - Computer Stuff arrow Maxis VS Celcom Broadband
Maxis VS Celcom Broadband PDF Print E-mail
User Rating: / 0
PoorBest 
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Friday, 11 January 2008
Jumlah Hits: 573 kali



Yearghh!!

Kebetulan ada masa sikit nih, so aku nak tunaikan janji aku yang aku dah cakap dalam posting Cuti-cuti Malaysia - Langkawi la pulak... aritu. Tu pun dah sebab ada orang mengungkit. Har! Har! Har!

Yerlah.. kalau pakai laptop, tapi takde conection internet, apa barang? betul tak?. Takkan memanjang nak kena menepek kat StarBucks atau jadi satu pekerjaan pulak nak mencari tempat yang ada 'Hot Spot'? So aku tengok memang jadi keperluan la untuk guna mender ni  bagi internet hardcore user.

Okey. Apa yang aku nak tulis nih bukan lah untuk memberitahu apa pilihan yang korang patut buat, tapi hanyalah untuk memberitahu inilah akhirnya pilihan yang aku buat berdasarkan pertibangan dan keadaan aku sendiri. So jangan pulak ada company nak saman aku nanti. Ahaks!

Sebelum ni memang confused jugak dalam menentukan yang mana aku nak subscribe? Celcom ker Maxis. Di awal pencarian, aku memilih Celcom Broadband atas beberapa sebab.

1) Ramai orang kata coverage celcom 3g lebih meluas compared to maxis.

2) Bulanan rendah RM68 jer sebulan compared to maxis, RM138 sebulan.

So, berdasarkan 2 fakta diatas aku pun mulalah mencari kat mana aku boleh subscribe pakej ni. Aku mulakan dengan menjengah a few Celcom Service Center. Memula sekali kat Langkawi arituh. So dari situ aku dapat beberama maklumat penting.

  • ada 2 jenis device modem. Samada ko nak yg guna PCMCIA slot (dalam RM500++), atau yang guna USB (RM999).
  • ada 2 pakej, Untuk pakej RM68 sebulan, maksimum speed 384kbps dan untuk yang speed maksimum 3.6Mbs, harganya RM120 sebulan.
  • Kalau ko guna yang PCMCIA modem, maksimum speed ko hanya leh 384kbps walaupun ko subscribe pakej 3.6Mbs.
  • Walaupun ko guna USB modem dan pakej 3.6Mbs, tapi kawasan tu takde 3G services, tetap ko akan guna connection yang dibawah dari tu and worse situation, using GPRS connection which is about 56kbps speed.

Aku tak jadi subscribe masa tu (walaupun aku dah siap fotostate IC, dan isi form dan sebagainya sebab aku tak suka layanan budak salesmans tu. Memula dia kata pasal PCMCIA, pas tuh dan-dan kata takde stok. pas tuh bila tunjuk USB modem, aku jadi nak beli, dia bagi display model yg dah berbukak. Bila aku mintak yang baru dia kata ni last stock. Banyak sangat karenah, aku ambik balik form aku, salinan ic aku yang dia cah cop bagai, aku terus blah jer dengan bini aku. Terkebil-kebil mata dia tengok aku blah cam tu jer.

Then a few weeks later, aku gi kat The Mines. Cari USB modem celcom yang member aku kata AP set punya lebih kurang dalam RM500++ jer kos dia. Tapi satu kedai pun takde. Ada yang ada tapiharga dia sampai RM1400 - RM1800 untuk satu modem. Lain kedai lain harga. Aku gi Celcom center yang lain pulak. Sekali dia bawak keluar USB modem brand lain pulak (lain dari yang kedai kat langkawi haritu. Harga pun RM1200++ pulak kat celcom center yg nih. Aik? Pelik aku. Diorang takde standard modem ker?

Last-last aku pilih Maxis, antara beberapa sebab.

1) Kos.

Kalau aku pakai celcom USB, aku kena keluar at least RM999 untuk modem jer. Then bila dah pakai USB, for sure nak guna 3.6Mbs nyer connection, kalau tak, sia-sia la. So another RM120/monts. Baik aku guna Maxis, walaupun RM138 monthly, tapi modem free dan tetap pakej untuk HSDPA which is maxsimum speed can axceed 3.6Mbs.

2) USB Modem.

Semua maxis center akan gunakan USB modem yang standard yang ada logo maxis tu. Sedangkan yang celcom punya, 2,3 kedai aku refer, 2,3 kedai guna modem yang berbeza malah dengan harga yang berbeza-beza jugak. dan warranty oleh kedai pengeluar dan bukannya celcom center. Ish!

3) Penggunaan.

Walaupun caverage celcom mungkin lebih meluas, Tapi penggunaan aku lebih kepada Klang Valley area dimana tiada masalah dengan Maxis. So, both telco for me is at the same caverage strenght. Dan kalau aku bawak balik kampung aku sekalipun, Celcom 3G tetap takde kat sana. Still tetap leh guna GPRS jer. so... sama jugak.

Atas korang la nak subscribe dengan Maxis atau Celcom. Aku tak tapat apa-apa percent pun walau apa company pun yang korang pilih. Ahaks!!


Ni la USB Maxis Wireless Broadband yang aku subscribe tuh.

Share/Save/Bookmark
» 3 Comments
1"en."
at Sunday, 30 March 2008 22:53by azizi saidin
Assalamualaikum wbt 
 
aku pengedar celcom broadband yang sah. 
Aku boleh dapatkan harga modem (vodafone) dalam RM699 
Price RM699 nihh sebenarnya untuk harga korporat bukan individu 
 
kalau nak beli bagi tahu la kat saya....013-2297816 
saya juga boleh register sekali untuk pendaftaran celcom broadband 
 
aku juga boleh buat streamyx...mmmm apa2 kol lah.... 
thanks
2Comment
at Sunday, 30 March 2008 22:58by azizi saidin
Saya sedang mencari ejen di bawah saya untuk memasarkan produk streamyx dan celcom broadband.  
 
Jika berminat e-mail pada saya, nanti saya akan email semula beserta biodata saya, komisen yang boleh saya beri. 
 
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
3"Celcom Broadbadn"
at Tuesday, 05 August 2008 11:08by epool86
aku prefer Celcom broadband.. skrg celcom pun dah ada pakej termasuk modem.. dulu je takde.. lg pun speed dia stable.. bg aku la.. aku start guna sejak celcom mula2 launch 3G dulu lg, time tu takde lagi pakej celcom broadband, aku guna handset aku je jadi modem..
» Post Comment
Email (will not be published)
Name
Title
Comment
 remaining characters
Captcha Image Regenerate code when it's unreadable
 
< Prev   Next >

Daddy Gallery

Daddy's Gallery

Tell a Friend

Login Form






Lost Password?

Recommended

http://unme.my/88x31.gif

Speedfinger Portal
 
http://mfactor.com.my/images/banners/BSMS.gif

Shouting Area


Free chat widget @ ShoutMix

Daddy Counters

Hari ini: 171
Semalam: 247
Bulan ini: 1242
Keseluruhan: 42711
Max.daily visits: 1380
  occurred: 2008-7-16
Max.monthly visits: 9793
  occurred: 2008-7
Pages today: 1215
Pages yesterday: 1665
Pages this month: 8051
Pages total: 342957
Data bermula: 2008-06-12

Who's Online

We have 1 guest online

Syndicate

Search Engine Keywords

Sponsored Links

Related Keywords

Local News


MyBlogLog widget

e-Novel Koi

e-Novel - Aku, dia dan sepasang kasut converse

My Wish Lists

  • Laptop
  • PDA Phone
  • Camera Phone - SE K850i
  • TV LCD 39"
  • Peti Sejuk 2 pintu
  • New haircut
  • Double Storey Link Semi-D
  • Proper working place
  • Baby girl
  • Zippo Black Ice® 150ZL