Home arrow Tips - Computer Stuff
Tips - Computer Stuff
Cara-cara memanjangkan rambut dengan cepat PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Tuesday, 22 April 2008
Jumlah Hits: 696 kali

 Hah! Bukan nak karut. Tapi tahukah korang yang korang boleh menjadikan rambut cepat panjang dengan hanya menggunakan barangan di dalam rumah tanpa perlu membeli ubat-ubatan atau vitamin yang mahal-mahal untuk rambut dan bermacam petua yang amat susah untuk dipraktikkan? Ianya ternyata tidak akan mempunyai sebarang kesan sampingan dan boleh di guna-pakai oleh semua peringkat umur mahupun apa saja jenis rambut samada berminyak ker... rambut kering ker.. rambut botak tengah ker.. dahi suak ker... rambut jarang ker.. semua boleh! Tambah menakjubkan bila korang boleh lakukannya sendiri tanpa sebarang modal!! (Fuh! Macam ayat nak jual e-Book la pulak!)

Mulanya tak percaya jugak. Tapi bila dah menjadi pada anak aku sendiri, barulah aku percaya. Kepada sesiapa yang selalu berkunjung ke blog aku ni, korang pun tahu 3 minggu yang lepas aku cukurkan kepala Danish. Amat memeranjatkan dengan kaedah yang ditemui ini kini rambut Danish telah tumbuh melebihi 5 inci iaitu dengan perkadaran 700 X ganda dari pertumbuhan biasa. Susah nak percaya? Jangan percaya lagi selagi belum tahu bagaimana caranya!

Seperti yang di ajarkan oleh mak... kita jangan kedekut ilmu. So kat sini aku sedikit pun tidak lokek untuk berkongsikan tips yang amat mujarab bagi menyelesaikan masalah rambut botak, dahi suak, rambut lambat panjang dan sebagainya ini. Harap bila korang dah tahu, jangan pula kedekut untuk berkongsikan tips ini kepada yang mempunyai masalah. Klick 'read more'.


 
Belajar buat ecover ebook guna photoshop PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Sunday, 30 March 2008
Jumlah Hits: 335 kali

Skang ni kan banyak ebook-eBook dijual diinternet. Jadi salah satu aspek yang paling penting, adalah 'packaging'nya. So dalam konteks ni, reka bentuk ecover lah. Kadang-kadang tidak dinafikan orang tertarik sebab bila melihatkan ecovernya nampak betul-betul life macam buku sebenar. Aku memang dari dulu admire pada design-design ecover nih. Ada lah try 'plagiat' dari ecover orang lain untuk jadikan yang aku punya sendiri, namun hasilnya kurang memuaskan hati aku sendiri. Lebih kurang macam hasil ecover yang korang boleh buat secara online kat ebookcovercreator.com memang cam haram. Jadi bagaimana agaknya mereka-mereka ini menghasilkan sampul ebook atau ecover ini?

 Actually, banyak tools dan software yang korang boleh gunakan untuk membuat ecover ni. Antaranya adalah 3D eBook Shot , Virtual Cover Creator , Create Cover Art , Minisite Graphics , termasuklah Video Tutorial Photoshop Grafik Jualan dari saudari Luvlee yang direkemenkan oleh member saya saudara niezzam. Walau bagaimanapun, saya agak tertarik dengan Action script daripada CoverAction Pro™.

Disebabkan harganya agak mahal iaitu USD97, maka akupun mencarilah sources yang 'black market' punya yang boleh dimuat turun secara percuma. Syhhh.... Hehehe. Diorang dah banyak untung, takper...


 
Maxis VS Celcom Broadband PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Friday, 11 January 2008
Jumlah Hits: 384 kali

Yearghh!!

Kebetulan ada masa sikit nih, so aku nak tunaikan janji aku yang aku dah cakap dalam posting Cuti-cuti Malaysia - Langkawi la pulak... aritu. Tu pun dah sebab ada orang mengungkit. Har! Har! Har!

Yerlah.. kalau pakai laptop, tapi takde conection internet, apa barang? betul tak?. Takkan memanjang nak kena menepek kat StarBucks atau jadi satu pekerjaan pulak nak mencari tempat yang ada 'Hot Spot'? So aku tengok memang jadi keperluan la untuk guna mender ni  bagi internet hardcore user.

Okey. Apa yang aku nak tulis nih bukan lah untuk memberitahu apa pilihan yang korang patut buat, tapi hanyalah untuk memberitahu inilah akhirnya pilihan yang aku buat berdasarkan pertibangan dan keadaan aku sendiri. So jangan pulak ada company nak saman aku nanti. Ahaks!

Sebelum ni memang confused jugak dalam menentukan yang mana aku nak subscribe? Celcom ker Maxis. Di awal pencarian, aku memilih Celcom Broadband atas beberapa sebab.

1) Ramai orang kata coverage celcom 3g lebih meluas compared to maxis.

2) Bulanan rendah RM68 jer sebulan compared to maxis, RM138 sebulan.

So, berdasarkan 2 fakta diatas aku pun mulalah mencari kat mana aku boleh subscribe pakej ni. Aku mulakan dengan menjengah a few Celcom Service Center. Memula sekali kat Langkawi arituh. So dari situ aku dapat beberama maklumat penting.

  • ada 2 jenis device modem. Samada ko nak yg guna PCMCIA slot (dalam RM500++), atau yang guna USB (RM999).
  • ada 2 pakej, Untuk pakej RM68 sebulan, maksimum speed 384kbps dan untuk yang speed maksimum 3.6Mbs, harganya RM120 sebulan.
  • Kalau ko guna yang PCMCIA modem, maksimum speed ko hanya leh 384kbps walaupun ko subscribe pakej 3.6Mbs.
  • Walaupun ko guna USB modem dan pakej 3.6Mbs, tapi kawasan tu takde 3G services, tetap ko akan guna connection yang dibawah dari tu and worse situation, using GPRS connection which is about 56kbps speed.

Aku tak jadi subscribe masa tu (walaupun aku dah siap fotostate IC, dan isi form dan sebagainya sebab aku tak suka layanan budak salesmans tu. Memula dia kata pasal PCMCIA, pas tuh dan-dan kata takde stok. pas tuh bila tunjuk USB modem, aku jadi nak beli, dia bagi display model yg dah berbukak. Bila aku mintak yang baru dia kata ni last stock. Banyak sangat karenah, aku ambik balik form aku, salinan ic aku yang dia cah cop bagai, aku terus blah jer dengan bini aku. Terkebil-kebil mata dia tengok aku blah cam tu jer.

Then a few weeks later, aku gi kat The Mines. Cari USB modem celcom yang member aku kata AP set punya lebih kurang dalam RM500++ jer kos dia. Tapi satu kedai pun takde. Ada yang ada tapiharga dia sampai RM1400 - RM1800 untuk satu modem. Lain kedai lain harga. Aku gi Celcom center yang lain pulak. Sekali dia bawak keluar USB modem brand lain pulak (lain dari yang kedai kat langkawi haritu. Harga pun RM1200++ pulak kat celcom center yg nih. Aik? Pelik aku. Diorang takde standard modem ker?

Last-last aku pilih Maxis, antara beberapa sebab.

1) Kos.

Kalau aku pakai celcom USB, aku kena keluar at least RM999 untuk modem jer. Then bila dah pakai USB, for sure nak guna 3.6Mbs nyer connection, kalau tak, sia-sia la. So another RM120/monts. Baik aku guna Maxis, walaupun RM138 monthly, tapi modem free dan tetap pakej untuk HSDPA which is maxsimum speed can axceed 3.6Mbs.

2) USB Modem.

Semua maxis center akan gunakan USB modem yang standard yang ada logo maxis tu. Sedangkan yang celcom punya, 2,3 kedai aku refer, 2,3 kedai guna modem yang berbeza malah dengan harga yang berbeza-beza jugak. dan warranty oleh kedai pengeluar dan bukannya celcom center. Ish!

3) Penggunaan.

Walaupun caverage celcom mungkin lebih meluas, Tapi penggunaan aku lebih kepada Klang Valley area dimana tiada masalah dengan Maxis. So, both telco for me is at the same caverage strenght. Dan kalau aku bawak balik kampung aku sekalipun, Celcom 3G tetap takde kat sana. Still tetap leh guna GPRS jer. so... sama jugak.

Atas korang la nak subscribe dengan Maxis atau Celcom. Aku tak tapat apa-apa percent pun walau apa company pun yang korang pilih. Ahaks!!


Ni la USB Maxis Wireless Broadband yang aku subscribe tuh.

 
Desktop SMS Manager Untuk PDA Phone Windows Mobile PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Sunday, 26 August 2007
Jumlah Hits: 678 kali

Puas jugak surfing mencari benda nih. Sebelum ni, masa aku guna Sony Ericsson K800i, aku gunakan MOBILedit!. So semua SMS yang diterima boleh terus load ke computer atau laptop dan boleh straight away reply dari komputer jer. Bagi aku software macam ni memang penting bila nak handle beratus-ratus sms yang masuk ke handphone. Kalau nak browse satu demi satu melalui handphone, aku rasa mau juling bijik mata. Ada pulak yang terlepas pandang nanti, mengamuk users.

Dekat seminggu aku cari software yang fungsinya sama macam MOBILedit tapi yang compatible dengan PDA Phone aku. Tapi kebanyakan yang aku jumpa 'sms manager' yang di install terus ke dalam PDA tersebut. Isk! Ni bukan yang aku nak!! Macam-macam 'keywords' yang aku rasakan related dengan apa yang aku nak cari aku try search. Pakcik Goolge bagi macam-macam jawapan tapi satu pun tak kena dek hati perut aku.


Akhirnya aku berjumpa dengan 'Jeyo Mobile Extender 2.5' kat net. Software ni merupakan addon untuk Microsoft outlook 2003 yang boleh menjadikan perisian tersebut menerima dan manage sms yang di load dari Windows Mobile ke komputer. Basically, sama seperti yang aku mahukan. Malangnya trial version cuma boleh dipakai untuk 15 hari jer. Sh*t!! Meraban pulak la mencari crack untuk menatang tuh. Tapi key generator yang aku jumpa hanya untuk version 2.0 dan kebawah jer la pulak. Gamaknya cracker-craker semua tengah kerja keras untuk meng-crack yang versi baru ni gamaknya.

So nak tak nak aku terpaksa mencari solution lain. Mencari lagi. Kali nih aku specific kan 'keywords' aku kepada addon untuk Outlook sms addon pulak. Yup! Jumpa. Rupanya microsoft ada keluarkan addon ni, nama dia mosa_usEN.exe. Dan ianya boleh didownload secara percuma di web microsoft. Malangnya, perlu melepasi ujian perisian tulen terlebih dahulu. Hahahahahampesss!! Ternyata patch windows aku tak berjaya melepasinya. Apa solution lain? Aku try cari kat torrent tracker plak. Yup!! Jumpa!! Dan aku pun dengan kereknya try install. Ale-ale dia kata tak compatible dengan versi Microsoft Outlook aku. Dia perlukan Service Pack 1 untuk berfungsi. Another Sh*t!!

Aku amik masa 24 jam untuk pikir, last-last aku purchase gak 'Jeyo Mobile Extender 2.5'  tuh. Harga dia USD22. lebih kurang dalam RM70-RM80 gak la duit kita. Hampess. Takper la. Aku rasa berbaloi sebab aku memang memerlukan sangat menatang nih untuk handle semua sms pendaftaran prepaid4u dan lelain. Pada sesiapa yang nak, sorrylah takleh aku nak kongsikan menatang tuh dengan korang. Sebab security patchnya akan link terus dengan registered owner PDA yang kita gunakan. Dalam ertikata lain, memang takleh nak kongsi-kongsi walaupun aku bagikan serial numbernya kat sini. Atau cara paling senang, download trial version, kemudian format PC korang setiap 15 hari. Itupun kalau dah desperate sangat la nak pakai. Ahaks!!

 

Daddy Gallery

Daddy's Gallery

Tell a Friend

Login Form






Lost Password?

Recommended

http://unme.my/88x31.gif

Speedfinger Portal
 
http://mfactor.com.my/images/banners/BSMS.gif

Shouting Area


Free chat widget @ ShoutMix

Daddy Counters

Hari ini: 19
Semalam: 179
Bulan ini: 1001
Keseluruhan: 21969
Max.daily visits: 1380
  occurred: 2008-7-16
Max.monthly visits: 9793
  occurred: 2008-7
Pages today: 248
Pages yesterday: 1643
Pages this month: 6892
Pages total: 206533
Data bermula: 2008-06-12

Who's Online

Syndicate

Search Engine Keywords

Sponsors

Related Keywords

Local News


MyBlogLog widget

e-Novel Koi

e-Novel - Aku, dia dan sepasang kasut converse

My Wish Lists

  • Laptop
  • PDA Phone
  • Camera Phone - SE K850i
  • TV LCD 39"
  • Peti Sejuk 2 pintu
  • New haircut
  • Double Storey Link Semi-D
  • Proper working place
  • Baby girl
  • Zippo Black Ice® 150ZL