-
6 Panduan Hadapi Tekanan Ekonomi
img border=1 src=http://www.window.state.tx.us/specialrpt/tif/images/economic.jpg alt= width=250 height=270 align=rightOleh Lokman Ismailbr /br /Isu kenaikan harga barang dan perkhidmatan sudah menjadi perkara biasa dan sebagai pengguna kita terpaksa menerima hakikat itu.br /br /Islam menyediakan garis panduan yang sesuai untuk menghadapi situasi ini dan antara yang diberi penekanan ialah:br /br /1. Berjimat cermat atau teliti dalam mengurus perbelanjaan. Kita perlu mengutamakan nilai tambah dalam setiap perbelanjaan. Barang yang dibeli mungkin boleh digunakan untuk pelbagai tujuan.br /br /- Meningkatkan hayat penggunaan atau memberi kesan maksimum bagi setiap perbelanjaan kerana sikap berjimat memperlihatkan unsur kebijaksanaan iaitu berbelanja mengikut keperluan, bukannya nafsu.br /br /2. Berhemah bermakna mengawal perbelanjaan dan penggunaan mengikut keperluan bagi mengelakkan membeli perkara tidak perlu.br /br /- Perbelanjaan tanpa kawalan menyebabkan sumber kewangan tidak dapat menampung keperluan semasa. Rezeki diperoleh perlu dihargai dengan cara memaksimumkan manfaatnya.
-
Permasalahan Mengenai Muzik dan Hukum Mendengar Muzik
img border=1 src=http://i259.photobucket.com/albums/hh292/ylens28/music.jpg alt= width=250 height=270 align=rightMembincangkan mengenai hukum muzik dan nyanyian ianya akan memenatkan kita kerana persoalan ini ialah ibarat satu persoalan fitrah yang berlawanan dengan hukum.br /br /Permasalahan muzik dan nyanyian ini termasuk perkara syubhat yang tidak diketahui akan hukum sebenarnya secara jelas lantaran ianya secara fitrah berlaku dan terjadi dengan meluas dan secara hukum tidak menyebut keharaman dan larangan secara terang.br /br /Dalam hadith baginda rasulullah pernah bersabda : “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas dan di antaranya ialah perkara musytabihat (syubhat-syubhat) yang tidaklah diketahui oleh ramai orang” (hadith sahih riwayat Bukhari no. 19).br /br /Fitrah manusia memerlukan hiburan dan muzik serta nyanyian menjadi salah satu hiburan semulajadi yang disukai fitrah manusia. Siapa yang tidak senang dengan muzik dan nyanyian.br /br /Apakah itu muzik dan nyanyian ? Sebenarnya kedua perkara ini tidak sama, rasanya biarlah pakar seni dan muzik menjelaskan kepada kita apakah itu muzik dan apakah pula itu nyanyian.br /br /Cukup saya simpulkan muzik ialah seni bunyi, dan nyanyian ialah seni suara iaitu secara mudah, muzik ialah bunyi-bunyian yang menghiburkan dan terhasil dari alatan atau dari satu komponan yang diatur menghasilkan irama yang merdu.
-
aku kah yg tidak mamahami mu?
img border=1 src=http://www.geocities.com/dydudam/sedih.gif alt= width=250 align=rightbr /br /Aku tidak memahami diri mubr /Kata mu aku hanya tahu sajabr /Tapi tidak pernah untuk memahamibr /Aku pentingkan diri ku sendiribr /Tanpa memikirkan situasi dirimubr /br /Aku hanya mahu keinginan ku dipenuhibr /Tanpa memikirkan kemahuan diri mubr /Aku yang tak mengerti kenapabr /Aku yang tak mengerti mengapabr /Tapi tahukah kau bahawa ia br /Semuanya berpunca dari diri mubr /br /Kau yang amat ku sanjungbr /Namun kau yang membuat aku br /Terdampar di alam yang aku tak pastibr /Kau membiarkan aku mencari sinarbr /Sinar yang entah di mana br /Kau kata begini dan begitu br /Tapi adakah kau tahu apa aku rasabr /Kau bangga dengan diri mu
-
Sari Yanti Umum Perkahwinan
img alt= src=http://img385.imageshack.us/img385/6319/hi021mr8.jpg width=250 height=250 align=right border=1Oleh HARYATI KARIMbr /haryati.karim@kosmo.com.mybr /br /TIADA angin, tiada ribut, tiba-tiba sahaja pelakon jelita, Sari Yanti hadir seorang diri ke pejabat Kosmo! semalam dengan tujuan untuk berkongsi perkhabaran bahagia tentang dirinya.br /br /Sari mengumumkan bakal membawa hubungan yang terbina antaranya dengan jejaka pujaan hati, Mohd Eddy Casmady, ke gerbang perkahwinan tanggal 16 Januari tahun hadapan.br /Dia yang mengakui sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri memberitahu, sungguhpun sudah bergelar isteri kelak dia tetap akan meneruskan kerjayanya sebagai pelakon walaupun banyak pihak mempertikaikan keputusannya itu.br /br /Banyak orang cakap, tengah popular kenapa nak kahwin? Tak takut populariti jatuh ke, dan macam-macam lagi. Tetapi pada saya, perkara yang baik kenapa harus dilengah-lengahkan.br /br /Lagipun saya sudah bersedia sepenuhnya. Mungkin orang berkata begitu sebab saya sering bawa watak remaja, jadi orang ingat saya muda. Walhal, tahun ini umur saya sudah 24 tahun dan tahun depan sudah 25 tahun. Rasanya pada umur ini tidak ada masalah untuk saya berkahwin, ujarnya dalam nada yang cukup lembut.
-
Solat Istikarah : Mengapa Menunggu Mimpi?
img alt= src=http://www.islamicity.com/Mosque/uiatm/uiatm4a.jpg width=250 height=250 align=right border=1Baru-baru ini seorang duda datang mengadu. Dengan nada kecewa beliau menjelaskan bahawa pinangannya baru sahaja ditolak. Menurutnya, wanita yang ingin dijadikan pasangan hidupnya itu agak berusia tetapi masih lagi cantik, berpendidikan agama dan masih lagi dalam kategori `anak dara'. Walau bagaimanapun perangainya agak sedikit pelik. Sebelum ini, bukannya tidak ada rombongan yang cuba untuk meminangnya, tetapi kesemuanya ditolak. br /br /Alasannya mudah sahaja, tidak mendapat petunjuk Allah katanya. Beliau sudah mengerjakan solat istikharah, namun tidak mendapat alamat dalam mimpinya itu. Persoalan yang ingin diperbincangkan di sini, apakah mimpi manusia biasa boleh dijadikan sandaran atau boleh menjadi isyarat kepada jawapan yang dicari? Benarkah solat sunat istikharah boleh menjadi medium atau pengantara untuk menentukan sesuatu keputusan seperti menentukan jodoh seseorang atau baik buruk takdirnya? br /br /Istikharah sebenarnya berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meminta pilihan yang baik. Biasanya solat istikharah dilakukan apabila seseorang itu ingin melakukan sesuatu perkara tetapi dia tidak pasti apakah perbuatan atau tindakannya itu membawa kebaikan ataupun tidak kepada dirinya. Maka untuk itu, dituntut baginya supaya melakukan solat sunat istikharah. Pelaksanaannya sama dengan solat-solat sunat yang lain. Dalam sebuah hadis daripada Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah s.a.w. pernah mengajar kami cara untuk meminta petunjuk Allah Taala dalam beberapa urusan yang penting. Baginda bersabda, Apabila salah seorang di antara kamu menghendaki pekerjaan, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian ia berdoa: Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dengan pengetahuan-Mu, dan aku minta diberi kekuatan dengan kekuatan-Mu. Aku minta kemurahan-Mu yang luas, kerana sesungguhnya Engkau yang Maha Kuasa sedang aku tiada berkuasa. Engkau mengetahui sedang aku tidak tahu, dan Engkau Maha Mengetahui yang ghaib.
-
~ Derita Itu Milikku Jua ~
img alt= src=http://fabiotugera.zip.net/images/crying_tugera.jpg width=250 height=250 align=right border=1Kedengaran rintik hujan di luar, saat ini hatiku jua begitu cuma tidak sehebat La Nina yang pernah dulu diperkatakan. Aku kesal dengan sikapnya, mengapa aku yang harus menjadi mangsa. Tidak kusangka sama sekali hakikat pahit ini harus ku tempohi. Mengapa aku? Ibu anakmu masih perlukan dirimu, kembalilah menjadi seorang wanita yang indah seperti dulu, seperti di waktu yang aku masih belum mengenali dunia.Teringat kata-kata nenekku, kau memang malang Anis. Terlalu malang untuk menanggung keperitan jiwa yang tak mungkin diubati. br /br /Anis, mengapakah hatimu begitu berat menerimaku sayang? Zakribr /menyoalku. Aku hanya berdiam diri. Tidak mahu menambah keperitan yang aku sendiri tak mampu menanggungnya. Kudongakkan wajah ke atas, Zakri memandangku penuh mengharap.br /br /Zack, bukan Anis tak mahu menerima lamaran darimu, cuma Anis tidak berdaya. Anis perlukan kekuatan untuk mengharungi hidup ini. Antara kita terlalu banyak perbezaan, Zack kena teruskan hidup Zack dengan cara Zack dan Anis dengan cara Anis sendiri, aku membalas.br /br /Aku sedar kata-kataku itu hanya memakan diri, aku sayangkannya namun dapatkah dia menerima hakikat aku ini bukan seperti gadis lain. Aku tidak mahu dia menyesal kerana aku. Apatah lagi ibunya seorang yang amat dikenali.
-
Misunderstanding
img alt= src=http://linux-bangalore.org/2002/sponsors/govt_letter2.jpg width=250 height=250 align=right border=1Memo from CEO to Managerbr /br /Today at 11 o'clock there will be a total eclipse of the sun. This is when the sun disappears behind the moon for two minutes. As this is something that cannot be seen every day, time will be allowed for employess to view the eclipse in the parking lot. Staff should meet in the lot at ten to eleven, when I will deliver a short speech introducing the eclipse, and giving some background information. Safety googles will be made available at a small cost.br /br /Memo from Manager to Department Headbr /br /Today at ten to eleven, all staff should meet in the car park. This will be followed by a total eclipse of the sun, which will appear for two minutes. For a moderate cost, this will be made safe with googles. The CEO will deliver a short speech beforehand to give us all some information. This is something that can be seen every day.
-
Berhenti Menjadi Gelas (Qalbi)
img alt= src=http://marissa.blogspirit.com/images/medium_bouquet.jpg width=250 height=250 align=right border=1“Seorang guru sufi mendatangi seorang muridnya ketika wajahnya kebelakangan ini selalu nampak moody.”Kenapa kau selalu moody, nak?br /br /Bukankah banyak hal yang best best dan indah di dunia ni? Ke mana perginya wajah bersyukurmu?” sang Guru bertanya.br /br /“Guru, kebelakangan ini hidup saya penuh masalah. Berat bagi saya untuk tersenyum. Masalah datang seperti tak ada habis-habisnya,” jawab sang murid muda.br /br /Sang Guru terkekeh. “Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam.Bawalah kemari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu.”Si murid pun beranjak perlahan tanpa semangat.br /br /Ia laksanakan permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimana yang diminta.”Cuba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu,” kata Sang Guru. “Setelah itu cuba kau minum airnya sedikit.”br /br /Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini merengis kerana minum masin.”Bagaimana rasanya?” tanya Sang Guru.”Masin, dan perutku jadi mual,” jawab si murid dengan wajah yang masih merengis.br /br /Sang Guru terkekeh-kekeh melihat wajah muridnya .”Sekarang kau ikut aku.” Sang Guru membawa muridnya ke danau berhampiran tempat mereka.br /br /“Ambil garam yang tersisa, dan tebarkan ke danau.”Si murid menebarkan segenggam garam yang tersisa ke danau. Rasa masin di mulutnya belum hilang. Ia ingin meludahkan rasa masin dari mulutnya, tapi tak dilakukannya.
-
Pengharaman Pengkid oleh Majlis Fatwa Kebangsaan
img alt= src=http://www.utusan.com.my/pix/2008/0513/Utusan_Malaysia/Keluarga/ke_01.1.jpg width=250 height=250 align=right border=1“Keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan untukbr / mengeluarkan sebuah fatwa bahawa perlakuan 'pengkid' adalah haram, nampaknya telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada masyarakat, khususnya oleh golongan 'pengkid' itu sendiri. Malah, terdapat sekelompok masyarakat yang secara terang dan berani telah mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tersebut. Lebih menyedihkan, sikap yang ditunjukkan dan kenyataan yang dikeluarkan memperlihatkan seolah-olah mereka memperlekeh dan menghina fatwa tersebut.br /br /Apa yang menghairankan adalah ada di kalangan kelompok yang membantah fatwa tersebut merupakan mereka yang bukan beragama Islam. Saya ingin menyatakan persetujuan dan sokongan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Wan Mohammad Sheikh Abdul Aziz, yang menyatakan bahawa keputusan fatwa hanya tertakluk kepada umat Islam. Justeru, dalam hal ini, umat bukan Islam tidak ada hak untuk mempertikaikan dan mempersoalkan keputusan fatwa tersebut. Apatah lagi apabila pertikaian tersebut hanyalah dilandaskan kepada emosi dan pandangan peribadi semata-mata.
-
Malaikat Maut : Tetamu Yang Kerap Berkunjung
img alt= src=http://i9.photobucket.com/albums/a80/censplit/2Kubur-1.jpg width=250 height=207 align=right border=1“BETAPA kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali.. Andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail. br /br /Justeru itu, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu bersenang-lenang dan bergelak-ketawa. Walaupun dia adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa. br /br /Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa. br /br /Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Meski pun mata manusia hanya mampu melihat benda yang nyata, tidak mungkin dapat melihat kehadiran malaikat maut itu. Namun pandangan mata hati mampu melihat alam ghaib, iaitu memandang dengan keyakinan iman dan ilmu.
|