Home arrow e-Novel
e-Novel
Aku Dia Dan Sepasang Kasut Converse - Bab 7 PDF Print E-mail
User Rating: / 1
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Monday, 07 July 2008
Jumlah Hits: 244 kali

"Abang tak pernah pikirkan tentang kami anak-beranak! Sanggup abang tinggalkan kami semata-mata sebab nak mengejar harta! Selama ni kita tak makan ke?!"

"Kau diam Senah! Kau ingat aku boleh tahan kalau siang malam engkau asyik memekak macam nih?! Aku pergi sebab nak cari duit lebih! Hidup ni Senah, bukan takat makan pakai je. Bukak mata tu, tengok kehidupan orang lain macamana!"

"Duit yang ada dah lebih dari cukup. Tapi kalau dah hari-hari muka awak bertepek kat meja judi, sampai bila pun takkan senang bang! Tanah arwah ayah dekat 9 ekar dekat sebelah baruh tu, tapi awak gadaikan kat Azeh sebab nak langsaikan hutang awak. Kami ni pun kalau boleh jual agaknya dah lama awak jual!" Pang!! Tapak tangan Mail sebesar setengah talam akhirnya singgah seketika di muka Senah.

"Aku dah tak tahan lagi dengan perangai engkau. Mulai sekarang, aku hidup ngan jalan aku, engkau dengan cara engkau!!" Berdentum bunyi pintu dihempas dek Mail. Manakala Senah yang ditinggalkan meraung bercucuran air mata. Terjelapak dia setelah menyedari Mail baru sahaja menjatuhkan talak padanya. Kemas tangannya mendakap erat anaknya. Budak yang hanya berusia empat tahun itu hanya membisu sejak tadi.kesedihan langsung tidak tergambar diwajahnya. Adakah dia masih terlalu mentah untuk memahami apa yang berlaku pada usia 48 bulan itu?

 

Lamunan Zack terhenti bilamana satu lembaga berbaju Kurung kaler merah Harley davidson menghampirinya. Baru dia sedar yang sebentar tadi dia terlalu jauh dari alam reality. Jam dah menunjukkan hampir pukul 12:30 tengahari. Kelihatan siswa-siswi berpusu-pusu untuk meninggalkan dewan kuliah. Berlainan dengan Zack. Takde satu benda pun yang boleh membuatkan dia terkejar-kejar untuk pulang. Dia lebih suka duduk sambil memerhatikan manusia-manusia lain yang sibuk dengan urusan dunia. Sesekali dia meneguk air Sprite yang merupakan makanan tengaharinya untuk hari ini.

"Seronok?" Tiba-tiba soalan tu yang keluar. Belum sempat Zack jawab, ayat kedua pulak menyudi.

"Awak dah takde kerja lain ke?!" Zack tersedak dengan herdikan yang terpacul dari mulut gadis tadi. Maizura.. Seorang bidadari yang pada hematnya datang untuk berbual-bual, lepak-lepak, bergurau-senda, geletek-geletek… Ceh! Datang tempat aku, buat kurang hajar lak! Aku baru jer nak senyum tadik! Siul betul. Cari jalan nak kena fire la nih!!

"Apahal ni beb?"

"Awak tanya saya? Hei sedara! Awak tahu tak berapa lama saya tercongok menunggu awak semalam dekat café semalam?!" Ooo.. itu yang buat lu bengang… Heh! Memang tak kuat iman minah nih. Come on.. cool bebeh!

"Releks la beb. Gua semalam.." Ayat Zack tergantung disitu. Bukan sebab dia tak reti untuk menyambung terus ayatnya, tapi dek kerana telah dipotong dengan tanpa perasaan oleh Maizura. Ces!!

"Kalau dah tahu tak nak jumpa, janganlah pulak nak menyusahkan orang!" Maizura sendiri tak faham kenapa dia harus marah sangat dengan apa yang terjadi. Sampaikan dia yang sering kali tenang dalam apa jua situasi ini akhirnya melatah macam orang mati laki. Mungkin kerana dia merasakan lelaki dihadapannya ini seakan sengaja memperbadut-badutkannya semalam. Atau mungkin juga kerana dia terlalu menaruh harapan yang tinggi supaya dapat bertemu dengan Zack. Dia tidak hanya berhenti disitu.

"Dah dibagi kita memo, ale-ale tak datang!" Uik?!! Maizura terus blah. Namun ayat terakhir yang terpacul dari mulut awek ni sebentar tadi membuatkan Zack ternganga kemusykilan. Bila masa lak gua bagi lu memo ni dik?! Air muka Zack mula berubah. Pada mulanya dia tenang menghadapi Maizura kerana dia tahu bukan salahnya. Baginya pertengkaran bangang tadi tak akan berpanjangan walaupun dengan tak berbuat apa-apa. Kalau dilayan pun buat berat kepala jer. Tapi ni dah lain! Babi!!

"Apahal ni Zack? Apa yang kau dah buat dengan awek tuh?" Tanya Lan gagak member sekelasnya yang kebetulan melintas disitu. Zack diam. Padanya soalan tadi tidak perlu dijawab.

"Kes apa Zack?" Ah! Sibuk betul pulak mamat nih nak tahu!

"Heh! Takder apa… cuma skang nih Pachee kena settlekan hutang dia ngan gua!" Zack mengetap bibirnya. Kakinya kini hanya menuju ke satu destinasi dan matlamatnya hanya satu, Pachee!!

Tak sampai lapan minit dia dah sampai. Selalunya untuk pulang paling kurang makan setengah jam. Ntah datang dari mana hikmat meringankan badan ni Zack sendiri tak pasti. Yang dia pasti, Pachee akan pecah mukanya.

"Pachee!! Woi pokemak! Jahanam lu keluar!!" Lagi dua langkah merapatkan pintu Zack dah mula terjerit-jerit macam orang kena sawan. Pachee yang masih terpingga-pingga pergi menyerah diri.

"Apahal ni…?" Lagi satu ayat gantung.. Bukan sengaja. Memang terdetik dihatinya dia hendak melengkapkan ayatnya. Tapi penumbuk Zack lebih cepat mendarat dimukanya. Terpelanting dia kebelakang. Hampir enam tahun bersama Zack, inilah kali pertama Zack dilihatnya macam orang kena rasuk hantu.
Pachee masih lagi tersandar di dinding. Sambil membetulkan duduknya, tangannya mengusap-ngusap pipi bekas penangan Zack. Mujur jurus kedua dan ketiga tak menyusul. Zack duduk. Tangannya memekup muka.

"Tak sangka yer Pachee…? Ale-ale gua kena main ngan lu!" Pachee diam sambil menujah-nujah pipinya dengan lidah. Kali ni biar Zack cerita sendiri. Tak berani aku nak tanya apa-apa dah!

"Gua ingat lu sorang je yang boleh paham gua" Ayat Zack terhenti seketika, namun langsung tak terdetik dihati Pachee untuk mencelah walaupun hatinya meronta-ronta inginkan kepastian. Kepastian pada sebuah lebam yang bakal jelas kelihatan dimukanya sebentar nanti.

"Lu buat gua macam orang takde maruah!!" Tengking Zack. Pachee makin bingung. Ah! Kali ni tak kira. Gua nak celah jugak!

"Terus terang jelah Zack" Tanya Pachee pelan.

"Maizura!" Jawab Zack sepatah. Namun dengan sepatah itu dah cukup untuk menerangkan segala-galanya pada Pachee. Secara tidak langsung dirasakan tumbukan Zackrie tadi terlalu perlahan sebagai sebuah hukuman. Hukuman diatas sebuah pertolongan yang tak diminta.

"Sorry Zack. Gua cuma nak tolong.."

"Tapi cara lu tu tak betul! Lu member gua! Patut lu respect kat gua!"

"Niat gua baik Zack.."

"Lu kenal gua berapa lama?" Pertanyaan itu mengakhiri pertengkaran mereka. Zack bingkas bangun. Beg galas yang terperosok di sebelah rak kaset dicapainya lantas menuju kepintu.

"Gua ada hak untuk tentukan hidup gua!" Zack terus bla. Pergi tanpa meninggalkan sebarang klu. Pergh!!

Sorry Zack… gua takder niat langsung nak 'drop' kan lu…

 

Kelibat Zack makin kecil, makin jauh meninggalkan pengkarangan rumah teres setingkat yang didiami mereka. Wajarkah apa yang aku buat pada Pachee? Fikiran Zack jauh melayang. Mungkin Pachee akan kata aku cepat melatah. Mungkin dia akan kata 'dia bagi kacang, aku balas dengan penerajang'. Tapi dia belum pernah rasa bila melihat satu demi satu perkara yang tak diingini terjadi depan mata tanpa mampu berbuat apa-apa pun. Satu demi satu! Dan kalau sampai urusan hidup aku sendiripun aku tak dapat tentukan, manusia kah lagi aku nih?!

*** Makin sibuk dengan urusan dunia.. bersambung lagik! Pada yang pertama kali baca, gi baca dari mula kat sinih !


 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 Next > End >>

Results 7 - 7 of 8

Daddy Gallery

Daddy's Gallery

Tell a Friend

Login Form






Lost Password?

Recommended

http://unme.my/88x31.gif

Speedfinger Portal
 
http://mfactor.com.my/images/banners/BSMS.gif

Shouting Area


Free chat widget @ ShoutMix

Daddy Counters

Hari ini: 34
Semalam: 234
Bulan ini: 1339
Keseluruhan: 42808
Max.daily visits: 1380
  occurred: 2008-7-16
Max.monthly visits: 9793
  occurred: 2008-7
Pages today: 250
Pages yesterday: 1588
Pages this month: 8674
Pages total: 343580
Data bermula: 2008-06-12

Who's Online

We have 1 guest online

Syndicate

Search Engine Keywords

Sponsored Links

Related Keywords

Local News


MyBlogLog widget

e-Novel Koi

e-Novel - Aku, dia dan sepasang kasut converse

My Wish Lists

  • Laptop
  • PDA Phone
  • Camera Phone - SE K850i
  • TV LCD 39"
  • Peti Sejuk 2 pintu
  • New haircut
  • Double Storey Link Semi-D
  • Proper working place
  • Baby girl
  • Zippo Black Ice® 150ZL