Home arrow e-Novel
e-Novel
Aku Dia Dan Sepasang Kasut Converse - Bab 6 PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Sunday, 13 April 2008
Jumlah Hits: 314 kali

"Okey, jangan lupa kita ada kelas next week pukul 9. Kamu boleh bersurai sekarang." Ayat terakhir yang keluar dari anak tekak Pn. Asiah berjaya membuatkan dewan kuliah Seri Budiman tunggang langgang. Suasana yang tadinya sepi kini kecoh bagai langit nak runtuh. Masing-masing macam dah tak sabar-sabar nak cari tempat perlindungan kat bawah tanah untuk menyelamatkan diri masing-masing untuk memastikan esok masih boleh menghirup udara segar. Dewan kuliah yang merupakan 'bilik tidur' nombor dua ini harus ditinggalkan secepat mungkin. Agaknya itulah yang berlegar di setiap kepala pelajar di situ. Namun dalam suasana yang hiruk-pikuk itu masih terdapat seorang pemuda yang langsung tak terkesan dengan perubahan alam sekitarnya. Tenang dia menggulung buku nota yang biasanya hanya digunakan oleh pelajar sekolah rendah itu lantas menyelitkannya di poket belakang jeans yang tersarung padanya.

Kenal aku?! Ah! Semua yang ada kat sini, semua kenal aku!! Saper lak yang tak kenal ngan Zack?!! Heh! Dia ni salah orang nih! Ahaks!!

"Zakrie. Mari sini sekejap." Zack sedikit tersentak pabila namanya dipanggil.

"Ada apa Puan?" Pn. Asiah hanya tersenyum (Watak ni aku pinjam dari lecturer ELM/BEL aku masa kat UiTM, Memang sempoi dia ni!).

"Saya dah dengar banyak sangat cerita pasal awak. Tapi saya yakin awak tak macam yang diorang katakan. Cuma saya nak pesan, awak kena ingat yang ini merupakan tahun akhir bagi awak. Tumpukanlah perhatian pada pelajaran. Saya yakin awak boleh buat lebih baik dari mereka." Zack menggaru hidungnya yang memang nyata tak gatal.

"Apa yang Puan dengar?"

"Sesuatu yang tak patut saya dengar mungkin?"

"Kadang-kadang, kerana terlalu pandai bercakap, manusia ni akan bercakap apa yang diorang sendiri pun tak tahu sebenarnya…" Zack cuba memutar-belitkan fakta. Tapi riaksi Pn. Asiah yang tenang itu secara langsung menggoyangkan dirinya sendiri.

"Saya harap pun begitulah.."

"Heh…" Zack sekadar mampu tersengeh.

"Saya pun tak tahu apasal yang Puan boleh baik sangat ngan saya. Kalau tak silap, Puanlah sesatunya manusia yang percaya dengan saya." Zack gelak perlahan. Ntah aper yang lawak sangat aku pun tak tahu!

"Agaknya sebab saya kenal awak…" Ayat Pn. Asiah tergantung.

"Kenal saya…?"

"Sudahlah… Kalau ada masalah, jangan segan-segan cerita dengan saya." Pn. Asiah bangkit dari kerusinya sambil mengepit buku ujukan yang dibawanya. Sempat dia melemparkan senyuman sinis sebelum melangkah meninggalkan Zack. Kenal aku?! Ah! Semua yang ada kat sini, semua kenal aku!! Saper lak yang tak kenal ngan Zack?!! Heh! Dia ni salah orang nih! Ahaks!!


"Zack!!"

"Apahal lak ngan lu nih?" Ijatt mengesamping ketepi berjalan seiring ngan Zack. Lagaknya seperti ada perkara penting yang hendak disampaikan. Satu propaganda yang kononnya bakal memecah belahkan dunia kepada 16 bahagian!

"Bang Chik nak jumpa ngan lu. Dia kata dah dekat dua minggu lu tak cari dia." Sambung Ijatt. Terkembang-kembang hidungnya menahan mengah.

"Ader dia tanya lu aper-aper?" Soalan lagi.

"Ader gak. Abih tu lu nak suh gua jawab aper? Geleng jer la.. sejak bila la pulak gua nih menepek kat kaki seluar lu!"

"Abis aper yang dia nak?"

"Emm.. malam nih. Dia nak jumpa."

"Maner?"

"Pergh!! Cam tak biasa lak! Okeyla beb. Gua gerak dulu. Pepandaila lu malam nih!" Ijatt gelak. Dalam pada kakinya melangkah membelakangkan Zack sempat juga dia mengangkat tangan.

"Ha.. berambus cepat sket! Slamat!!" Kata Zack acuh tak acuh.

"Slamat la ngkau depan Abang Chik nanti!" Jawab Ijatt sedikit melaung. Macam-macam perseolan mula berlegar kat kepala Zack. Aper la pulak yang Bang Chik nak nih?! Siul! Abih date gua malam nih??! Isk! Gua baru jer nak susun ayat! Bayang Maizura mula terlintas di kepala hotaknya. Ah! Kira cincai la. Kalau betul dia nak jumpa aku hari lain bukannya tak boleh!!

 

Jam tepat menunjukkan ke angka 9 malam. Zack dah siap sedia terpacak di tempat yang sememangnya menjadi kebiasaan dia berjumpa dengan Abang Chik. Cuma kali ini lain sikit. Kali ini Bang Chik sendiri yang nak berjumpa dengan dia. Suasana lengang. Mungkin sebab kawasan tu bukanlah sesuai sangat untuk dikunjungi oleh orang awam. Ia mungkin hanya sesuai bagi orang yang dah bosan sangat untuk bernapas. Zack? Ah! Dia lain!! Dia 'hero' dalam cerita ni… dan seperti kebiasaannya, hero mestilah lebih lebih best dari watak-watak yang lain-lain!! Har! Har!!

Zack mundar mandir. Sampah-sarap di kiri kanan jalan disepaknya sehingga berterabur menyemakkan lagi keadaan yang dah sedia semak. Bau busuk tengik menusuk peparu. Tak lama kemudian muncul sebuah kereta Mercedes C class dari sudut banggunan menuju ke arahnya.

"Bang Chik.."

"Masuklah Zack. Tak elok sembang kat luar."

"Emm.." Perlahan Zack melangkah masuk ke dalam kereta yang sudah tersedia terbuka pintunya. Pantas kereta tersebut meluncur membelah kepekatan malam sebaik sahaja pintu ditutup. Tak sampai seminit semuanya kembali seperti biasa. Suasana kembali sunyi… sepi… seakan tiada aper yang berlaku sebentar tadi. Kegelapan yang begitu setia menyimpan rahsia malam!

 

Dalam masa yang sama di sudut lain, Maizura mula merungut-rungut sendirian. Air Coke yang yang dipesannya sudah tinggal ais sahaja. Hampes betul budak nih! Kata nak jumpa! Kalau tak nak jumpa cakap tak nak jumpa! Gerutu hatinya. Marah betul dia gayanya. Memo yang dikirimkan oleh Zack melalui Farah masih ada dalam simpanannya. Nyata Zack sendiri yang ingin berjumpa dengannya pada malam ni. Tapi dah satu jam setengah dia disitu, tapak kasut dia pun tak sampai-sampai lagik. Pangang Laut betul!!

"Maner dia ni Pachee?!" Tanya Farah sedikit berbisik.

"Maner gua tahu!" Pachee sendiri dah mula 'blur'! pertanyaan Farah menambahkan lagik serabut yang dah bersarang dalam tengkoraknya. Arghh!! Maner Zack nih?! Come on bebeh!

"Betul ker kau ader bagi dia surat tu?" Tanya Farah lagi. Nampaknya dia pulak yang mula confuse dengan Pachee.

"Ak en naaa… gua sendiri nampak dia tersengeh-sengeh baca surat tuh." Sound Pachee. Serba-salah gak dia. Kalau Zura yang tak datang mungkin jugak dia boleh salahkan si Farah. Malah itulah masanya untuk dia sepak-sepak kepala farah. Har! Har! Pompuan!! Tapi masalahnya skang nih yang tak datang Zack. Dan kutu ni di bawah tanggungjawab dia!! Argh!!

"Heh! Agaknya ni la yang kau kata plan canggih tu ek? Banyak la ngko punya canggih!!"

"Releks aa beb! Kita tunggu sekejap lagik." Pachee masih belum putus asa.

"Hei brother… did ya realize what is the time now?!!" Pachee buat-buat pekak. Buat-buat tak paham dengan pertanyaan Farah. Dia yakin sangat yang Zack pasti akan datang sekejap lagi. Sekeeeeejap jer lagi. Lagi 8 jam!!

Maizura bangun. Nah! Mungkin inilah kemuncak kesabaran dia. Siul kau Zack! Memang nak kena nih!!

"Tunduk! Tunduk!! Jangan bagi dia nampak kita"

"Isk!!" Farah tunduk. Menu makanan ditangannya didirikan bagi menutup wajahnya. Walaupun bereka berada selang 5 meja dari Maizura, takut juga kalau-kalau minah tuh perasan.

"Yang kita ni? Tak reti-reti lagik nak berghambus….?" Tanyaan Farah lembut. Leeembut sangat! Tapi bagaikan penampar yang menampar tepat ke jendulnya!

"Err.. Apa pendapat kau?" Pachee tersengeh-sengeh lagik. Terpapar jelas giginya yang tak berapa teratur tu.

"Tanya aku?? Ha kalau macam tuh, elok kau balik kejap, amik selimut ngan bantal, kiter tidur sini jer! Kalau kau rajin, bawak tilam sekali!!" farah mula melenting. Entah badi kerbau mana pulak yang melekat kat Pachee hari ni yang membuatkan dia boleh jadik bangang melantun-lantun sampai macam nih sekali. Arghh!!!

"Okeyla! Okeyla! Jom gerak gerak!!"

"Maner?"

"Balik la.. maner lagik? Ker ko ada bawak tilam?"

"Gila ngkau!!"

"Apasal?"

"Apa aku nak jawab ngan Maizura karang kalau dia tanya?" Pachee diam sekejap.

"Ha kalau macam tu, jom!"

"Kemana?"

"Jom jer lah."

"Maner?!" Arghh!! Pachee bangun.

"Stay out Subang!" Pachee terus melangkah keluar. Sebentar kemudian dia berpatah balik.

"Laa… yang lu terpacak lagik kat situ apahal? Tadi beria nak gerak! Ker memang lu series nak ajak gua over night kat sini?!"

"Isk! Kau tu! Selalu sangat tinggal aku! You're speedy man!!" Pachee menarik tangan Farah. Manusia sekeliling seakan berbisik. Hmm… baru nak berambus??! Satu jam setengah lepak, teguk teh ais jer!!

 

*** sambung lagik~! 


 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 Next > End >>

Results 6 - 6 of 8
NukeSigs

Daddy Gallery

Daddy's Gallery

Tell a Friend

Login Form






Lost Password?

Recommended

http://unme.my/88x31.gif

Speedfinger Portal
 
http://mfactor.com.my/images/banners/BSMS.gif

Shouting Area


Free chat widget @ ShoutMix

Daddy Counters

Hari ini: 161
Semalam: 247
Bulan ini: 1232
Keseluruhan: 42701
Max.daily visits: 1380
  occurred: 2008-7-16
Max.monthly visits: 9793
  occurred: 2008-7
Pages today: 1160
Pages yesterday: 1665
Pages this month: 7996
Pages total: 342902
Data bermula: 2008-06-12

Who's Online

Syndicate

Search Engine Keywords

Sponsored Links

Related Keywords

Local News


MyBlogLog widget

e-Novel Koi

e-Novel - Aku, dia dan sepasang kasut converse

My Wish Lists

  • Laptop
  • PDA Phone
  • Camera Phone - SE K850i
  • TV LCD 39"
  • Peti Sejuk 2 pintu
  • New haircut
  • Double Storey Link Semi-D
  • Proper working place
  • Baby girl
  • Zippo Black Ice® 150ZL