Home arrow e-Novel
e-Novel
Aku Dia Dan Sepasang Kasut Converse - Bab 5 PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Monday, 21 January 2008
Jumlah Hits: 405 kali

Hujan masih belum reda. Meskipun ianya tidaklah berapa lebat, namun sudah cukup untuk memastikan yang Zack terkandas di rumah. Arghhh! Kalau bosannya, citer banyak pun tak guna. Segalanya dah tergambar dengan jelas dari reaksi mukanya. Dah ada iras-iras penyu meneran telur dah tu!

Memang tiada apa yang ingin dicarinya diluar. Malah di luar juga tiada satu apa pun yang menarik baginya. Tak ada! Tapi itu tidaklah bermakna yang dia suka memerap di rumah. Arghhh!! Boleh pecah kepala aku!!

Tangannya pantas memalingkan kaset King Dimond yang di pasang. Kali ni dah masuk kali keempat dia berbuat begitu. Dalam pada kepalanya melayang mengikut alunan muzik yang keluar dari speaker, tangannya mencapai kotak dunhill yang terselit di rak bersama kaset-kaset yang merupakan satu-satunya hasil koleksinya. Heh! Tinggal dua batang... Sekarang, ikut macamana pun, aku tetap kena keluar!

"Siul! Basah habis gua!" Pachee berlari masuk dan terus mendapatkan bilik air. Zack hanya memerhatikannya dari jauh. Dia tahu yang dia tak perlu untuk menyambut Pachee di muka pintu apatah lagi tolong mengelap-ngelap bajunya yang basah. Pachee seharusnya tahu apa yang harus dibuat, dan aku dengan hal aku!!

"Mana beb?!" Soalan pendek keluar dari mulut Zack pada Pachee yang sibuk mengelap rambutnya.

"Lepak studio.. ingat nak siapkan model.." Jawab Pachee pendek jugak. Kalau nak ikutkan memang tak cukup info yang Pachee beri tu. Tapi untuk menanyanya berulang kali bukannya kerja! Kepala tengah berat nih!! Takpe, biarkan saja. Kita tengok sekejap lagi..

"Tadi sempat gua check gua nyer carry-on marks kat En. Hariri." Terang Pache tanpa diminta. Well... kan aku dah kater. Tak yah tanya pun dia akan cerita jugak! Zack sedikit mengangguk.

"Habis camaner?"

"Bolehlaa... tapi ada dua subject yang aku kena struggle sket. Cukup-cukup makan jer. Sakit beb!" Pachee merebahkan punggungnya kelantai. Radio diperlahankannya sedikit.

"Yang ngkau punya aku tengok blank jer... Memang dia anti betul ngan lu Zack. Nampak sangat dia nak ngkau jumpa sendiri dengan dia."

"Memang dia taknak tengok aku lulus pun..."

"Gi la slow talk ngan dia.."

"Tu la masalahnya bila lecturer ada kuasa veto untuk tentukan kita boleh lulus ke tak. Once dia dah mark, tak grad la ngkau jawabnya. Repeat la sampai ke tua!"

"Abis tu lu macamana?"

"Ah! Mampusla ngan dia. Gua dengar dia pun dah tak lama dah. Bulan 8 nih dia sambung belajar, buat PhD." Zack cuba mengatur nafasnya semula. Biar nampak tenang. Biar nampak yang dia langsung tidak terkesan dengan apa yang berlaku. Matanya dipejamkan seakan sedang menikmati 4600 jenis racun yang terdapat dalam asap rokoknya.

"Ni ader surat untuk lu. Mujur tak basah."  Sepucuk bersampul biru di ajukan pada Zack.

"Saper kasi?" Tanya Zack. Dalam masa yang sama tangannya pantas mencapai surat yang dihulurkan oleh Pachee.

"Ntah? Ale-ale ader atas meja study gua. Ntah kutu mana yang letak. kalau untuk aku, sronok la jugak. Sekali nama lu pulak." Pachee mula merebahkan badannya. Mata dipejamkan.

"Yang lu nih macam penat nak mampus nih apasal lak?" Tanya Zack. Pachee pula dah terlepek macam orang tak cukup kalsium dalam tulang.

"Semalam tak tidur gua beb!"

"Lu buat apa?"

"Stay out! Subang!" Zack tak meneruskan soalannya. Malas dia nak menyiksa orang yang tengah ngantuk. Zalim sangat! Memang dia dah biasa dengan Pachee. Kalau tiada di studio, pasti stay-out memana dengan Farah. Kini tumpuannya kembali pada kertas bangang yang baru diperolehinya dari Pachee tadi. Envelope biru yang terpampang namanya itu disiatnya tanpa ader sikitpun rasa belas kesian. Kekejaman yang melampaui norma-norma kemanusiaan. Namun masih sesuai untuk tontonan umum. Pergh!! Kijam! Kijam!!

 

Saudara,

  Saya ingin mengenali saudara dengan lebih dekat lagi. Harap saudara tak menghampakan harapan saya. Saya akan tunggu saudara pada malam pembukaan expo komputer sabtu depan di Speedfinger Café.

-wassalam-


Yang benar
Maizura Manaf
 

 

Maizura?! Maizura mana plak ni? Budak law tu ker? Ada lagi ker budak nama Maizura? Sure ke surat ni untuk aku? Ke dia salah orang? Pergh!! Bersembur-sembur peluh jantan keluar dari segenap liang romanya. Malah seakan memaksa keluar dari kedua lubang telinganya. Camner lak dia boleh contact gua nih? Apa yang dia nak? Makin lama makin bertubi-tubi soalan yang menerjah masuk kedalam tengkorak hotaknya. Arghh!! Musykill gua!!

Pachee mengangkat sedikit tangan yang menutup mukanya. Sengaja dia nak melihat reaksi Zack. Maklumlah... kutu sekor nih bukannya pernah dapat surat dari 'ulat'. Envelope biru lak tuh! Hah! Layan jiwer la lu lepas nih!!

"Eh Zack.." Zack menoleh. Laa... Tak tidur lagi mamat ni rupanya.

"Kau tau, tadi aku jumpa si Lynn."

"Pas tu?"

"Dia tanya aku, ada nampak ngkau tak?"

"Apa dia nak?"

"Maneelah gua tahu..."

"Ak enna.. bis tu yang lu cerita ngan gua perhal?"

"Takde... first time aku tengok dia pakai baju kurung. Nyaris tak kenal gak aku tadi. Eh! Kau tahu.. boleh tahan gak minah tuh bila dia dressing cam tu kau tahu.." Pachee yang tadinya baring kini menongkat badannya tinggi sedikit. Bersemangat betul gayanya bercerita tentang apa yang berlaku di school tadi. Serentak itu juga hilai tawa memecah dari anak tekak si Zack.

"Giler apa minah tu? Bukan ke hari jumaat pun dia pakai sleeveless?"

"Tu la pasal!!" Tawa makin kuat. Apa yang kelakarnya, diorang jer la yang tahu.

 

Dalam masa yang hampir sama di penjuru lain dunia, kelihatan seorang gadis sedang tersenyum sendirian dihadapan jendela yang terdapat dibiliknya. Terasa seperti hari ini merupakan hari yang paling mengembirakan buatnya. Malah hatinya senentiasa berharap agar kebahagiaan yang dirasakan sebentar tadi bakal berkekalan  dan akan terus menjadi miliknya. Hopefully...

 

*** Nenonenoneno bersambung lagik..... Isk!!


 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 Next > End >>

Results 5 - 5 of 8

Daddy Gallery

Daddy's Gallery

Tell a Friend

Login Form






Lost Password?

Recommended

http://unme.my/88x31.gif

Speedfinger Portal
 
http://mfactor.com.my/images/banners/BSMS.gif

Shouting Area


Free chat widget @ ShoutMix

Daddy Counters

Hari ini: 158
Semalam: 247
Bulan ini: 1229
Keseluruhan: 42698
Max.daily visits: 1380
  occurred: 2008-7-16
Max.monthly visits: 9793
  occurred: 2008-7
Pages today: 1148
Pages yesterday: 1665
Pages this month: 7984
Pages total: 342890
Data bermula: 2008-06-12

Who's Online

Syndicate

Search Engine Keywords

Sponsored Links

Related Keywords

Local News


MyBlogLog widget

e-Novel Koi

e-Novel - Aku, dia dan sepasang kasut converse

My Wish Lists

  • Laptop
  • PDA Phone
  • Camera Phone - SE K850i
  • TV LCD 39"
  • Peti Sejuk 2 pintu
  • New haircut
  • Double Storey Link Semi-D
  • Proper working place
  • Baby girl
  • Zippo Black Ice® 150ZL