Home arrow e-Novel
e-Novel
Aku Dia Dan Sepasang Kasut Converse - Bab 3 PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Friday, 13 July 2007
Jumlah Hits: 373 kali

"Woit!"

"Ooo mak kau!! Farah! Apa ni?! Nasib baik aku ni takde heart attact. Kau nak aku mampus?" Berkali-kali Maizura mengurut dadanya. Memang terkejut betul dia.

"Kau dari mana ni?" Tanya Maizura pada Farah yang sedang terguling-guling mentertawakannya. Bagai nak terburai isi perut.

"Jumpa Pachee. Yang kau pulak? Tengah berangankan sapa? Aaa.. ni mesti.."

"Banyaklah kau! Hei.. aper citer tadi?" Senyuman mula terukir di wajahnya. Apa yang baru saja berlaku sebentar tadi sudahpun dilupakannya. Kini otaknya hanya berminat untuk mengetahui cerita dari Farah.

"Alah... macam biasa je..." Jawab Farah endah tak endah.

"Cam biasa camana?" Sekali lagi dia mengajukan soalan yang hampir sama objektifnya. Kalau kali ini pun Farah masih tak faham lagi, mungkin dia akan menukarkan sedikit kepada ayat yang lain.

"Cam biasa la... Ooo.. aku lupa! Itulah kau! Ada orang nak, kau pulak tak layan. Jual mahal sangat." Pertanyaan Maizura masih belum dijawabnya lagi. Spontan Maizura menarik muka masam.

"Kitorang makan-makan, jalan-jalan kompleks, tengok wayang, itu je la."

"Dah? Yang itu pun jadikan payah sangat nak story tu apasal?"

"Takde la.." Farah melabuhkan punggungnya kesisi Maizura.

"Ada movie baru tau? Kau nak tengok?" Tanya Farah sebaik sahaja punggungnya mula mencecah tilam.

"Boring ah! Banyak lagi benda lain yang aku nak buat. Assignment pun berlambak lagi yang belum settle."

"Takde arr... kalau nak, aku ada tiket lebih ni." Farah mengeluarkan sekeping tiket sebesar tiket bas Park May dari beg selepangnya.

"Kau ajelah yang tengok sekali lagi Farah."

"Err.. Zura!"

"Mmmm.."

"Aku ada hal sikit nak bagitahu ni. Apa kata ka..."

"Allah!!" Maizura menepuk dahinya. Ada sesuatu yang baru saja terlintas di kepalanya sebentar tadi. Perbuatannya secata tak langsung membantutkan terus niat Farah untuk  meneruskan kata-katanya.

"Why?"

"Aku kena jumpa Nina. Dah janji ngan dia semalam. Aduuhhh.. Aku pergi dulu ya!" Bergegas dia pergi selepas memilih beberapa buah buku yang perlu dibawa. Farah menurut sahaja di belakangnya hingga ke pintu.

Hai... tiap kali buat plan, mesti kantoi! bilalah pulak agaknya aku nak bagitahu kat dia? Wajah Farah jelas menampakkan kehampaan. Apa yang dirancangnya bersama Pachee tadi ternyata menemui jalan buntu.

 

"Apa? Zack?! Dengan Zura?" Kata-kata Pachee yang didengarnya tadi benar-benar di luar batas kemanusiaan.

"Ni plan aku jer. Terpulanglah pada kau pulak. Kalau kau tak nak tolong pun, aku tak kisah. Gua ledek jer." Wajah Pachee kuyu sedikit. Memek muka yang di control-control. Dia sendiri dah tahu yang kata-katanya sebentar tadi sedikit sebanyak pasti akan membuatkan Farah serba-salah. Takkan awek sendiri pun tak boleh nak hulur tangan kot?

"Memang betul Zura single lagi. Tapi setahu aku, tak de pulak aku kata yang dia suka kat orang macam Zack tu. Aku sendiri pun tak tahu type boy macamana yang dia suka. Orang boleh 'letak harga' kat girl macam dia tu kau tahu tak? Itu pun ramai yang frust! Takkan la Zack yang..." Kali ini sengaja Farah menggantungkan ayatnya. Sepatutnya Pachee lebih faham akan keadaan Zack.

"Tu aku pun tahu. Tapi manalah tahu... kot-kot nak jadi ajaib? tetiba dia boleh suka ngan Zack?" Nak jugak dia teruskan plan giler dia!

"Suruhlah si Zack salin kulit sikit." Cadang Farah pula. Nampaknya dia dah mula akur dengan kehendak Pachee.

"Bab tu aku tak berani cakap. Mamat tu pelik sikit. Kau longgokkan duit depan mata dia sekalipun, kalau dah benda tu dia tak nak buat, dia takkan buat."

 

 

Kring! Kringg!!! Deringan telefon mengejutkan Farah yang masih lagi berdiri tercegat di pintu. Kelibat Maizura dah lama tidak kelihatan. Perlahan dia pergi mendapatkan telefon. Tiket wayang yang kononnya hendak diberikan pada Maizura sebentar tadi, masih lagi berada dalam gengamannya.

"Hello?"

"Farah?"

"Ha.."

"Macamana?"

"Fail!"

"It's okey. Aku ada plan lagi canggih punya. Kali ni, jalan terus!!" deraian tawa ala-ala Salleh Kamil kedengaran sayup melalui corong talifon.

"Apa lagi yang ko nak buat?"

"Adalah... apa-apa pun, jangan beritahu apa-apa ngan Zack tau!"

"Apasal?"

"Kalau ko tak nak tengok jantung aku kena korek dengan dia, elok ko senyap je. Key Farah! Chow dulu. Oh ya! Pasal tiket tu, biar kita jelah yang tengok sekali lagi. hehehe..  Bye sayang!"

Tut...  gagang diletak. Plan lagi canggih? Apa pulak yang Pachee nak buat ni? Kalau dah Zack sendiri tak tahu pasal 'project' ni, apasal pulak yang dia beria-ria sangat nak lagakan si Zack dengan Zura? Hish! Kerja giler nih!!


 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 Next > End >>

Results 3 - 3 of 8

Daddy Gallery

Daddy's Gallery

Tell a Friend

Login Form






Lost Password?

Recommended

http://unme.my/88x31.gif

Speedfinger Portal
 
http://mfactor.com.my/images/banners/BSMS.gif

Shouting Area


Free chat widget @ ShoutMix

Daddy Counters

Hari ini: 152
Semalam: 247
Bulan ini: 1223
Keseluruhan: 42692
Max.daily visits: 1380
  occurred: 2008-7-16
Max.monthly visits: 9793
  occurred: 2008-7
Pages today: 1108
Pages yesterday: 1665
Pages this month: 7944
Pages total: 342850
Data bermula: 2008-06-12

Who's Online

We have 1 guest online

Syndicate

Search Engine Keywords

Sponsored Links

Related Keywords

Local News


MyBlogLog widget

e-Novel Koi

e-Novel - Aku, dia dan sepasang kasut converse

My Wish Lists

  • Laptop
  • PDA Phone
  • Camera Phone - SE K850i
  • TV LCD 39"
  • Peti Sejuk 2 pintu
  • New haircut
  • Double Storey Link Semi-D
  • Proper working place
  • Baby girl
  • Zippo Black Ice® 150ZL