Jumlah Hits: 324 kali
Jalan depan Kedai Rahmat mula lengang. Deretan kedai makan dimana semua penuntut kolej menghabiskan masa mereka juga sepi. Mungkin sekarang adalah terlalu awal untuk dikunjungi. Namun dalam panahan terik mentari itu sudah ada dua pengunjung setia yang tak pernah gagal dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. "Lu nampak tuh?" Tanya Zack. Automatik Pachee 'memfokuskan' bijik matanya ke arah objek bergerak yang di maksudkan oleh Zack. "Maizura? Budak matrik Law tuh?" Tanya Pachee balik. Tak port sahaja lagaknya. "Haa... kenal sikit! Lu jangan berani-berani usik 'ulat' gua tu! Gua dah aim lama dah." Sound Zack dalam ketawa. Tindakannya menampakkan yang dia sendiri ternyata langsung tak ambik 'port' dengan apa yang dia sendiri nyatakan. "Banyaklah lu punya aim!! Watie lu aim... Linda lu aim... Tasha pun lu nak... tapi gua tengok, sampai sekarang sekor pun tak de lu kepit!" Pachee menjuihkan sedikit bibirnya keluar. Sudahlah kulit tu gelap, buat pulak perangai macam tu. Saling tak tumpah macam anak negro. Buruk giler!! "Har! Har! Buntuk budak Pachee... Gua pun bukan minat sangat ngan benda-benda bangang macam nih." Zack menghidupkan rokoknya yang kedua. "Blah la lu! Abis, Lynn tu nak kira macamana lak?" "Lynn? Har! Har! Dia tu lagi bangang!" "Bangang?" "Hah! Mentang-mentang bapak dia banyak kerbau, dia ingat dia dah best sangat. Langsung tak reti nak respect orang lain. Apa dia ingat dia boleh kelabukan mata aku ngan harta dia apa?!" "Rugila lu beb! Orang dah lambung duit. Sambut je lah." "Silap tu beb! Gua bukan jenis makan nasi kutip atas lantai. Mata gua tak 'ungu'." "Habis tu, Maizura camana?" Pachee tersengeh bila melihat Zack sedikit tersentak sebaik sahaja dia menyebut nama Maizura. "Apasal?" "Takde la.. tapi kalau lu lambat... sempat kena sambar ngan burung lain dulu beb!" Pachee gelak. Tak uba macam Salleh Kamil dalam cerita 'Isi Nurraka'. Har! Har! Zack turut gelak. Dalam tak sedar matanya melirik kearah lenggok punggung Maizura dari jauh. "Kan gua dah cakap?" Makin kuat gelak si Pachee. Hai Zack! Apa tunggu lagi? Sumbat jer mulut dia ngan tumit kasut kau!! "Setakat tengok tu bolehla. Daripada macam lu, 'hanyut' terus!" Matanya masih lagi tertumpu pada objek yang semakin lama semakin kecil saiznya. Akhirnya dia tunduk apabila Maizura sudah tidak kelihatan. Kini matanya tertumpu pada kasut 'converse' yang tersarung dikakinya. Dah 'sezen' giler pun. Ibu jari kakinya sedikit kelihatan melalui hujung kasutnya yang koyak. Zack bangun. "Pachee. Lu 'gerak' dulu beb! Gua ada hal sikit ni." "Ak en na Zack! Lu tak yah halau pun gua memang nak gerak dah. Gua lagi ada date ngan Farah nih. Err.. Zack! Macamana kau? Kalaulah aku ni belum kena 'tambat' lagik, dah lama aku 'ayat' si Maizu..." "Okey! Slamat!!" Zack terus blah. Pachee ditinggalkan ternganga tanpa sempat menyudahkan ayat terakhirnya. Bagi Zack, itulah satu-satunya cara yang paling sesuai bagi menutup mulut si Pachee. Nak disumbatkan dengan kasut, bukannya dah! Pachee lesap di balik asap dan deruan enjin motornya manakala Zack pergi dengan 'kasut-kasut'nya. Nak pakai motor? Heh! Dapat tukar kasut pun dah kira cukup bagus! Agaknya itulah antara sebab dia malas nak 'main ulat'. Bagi dia, perempuan semuanya 'karnivarano'. Sejenis pemangsa yang makan duit, minum petrol!! Bukan kerana dia takut duitnya habis, tapi kerana dia sendiri takde benda yang nak disuapkan pada 'karnivarano-karnivarano' tu. Maizura? Arghh!! Maizura... Siapa yang tak kenal dengan nama tu? Daripada pensyarah, sampailah ke tukang mesin rumput, semua kenal. Pak guard esecially. Pantang minah tu nak masuk dalam pagar jer dan-dan tahan. Tanya itu lah ini lah. Cam celaka je. Satu-satunya nama yang boleh menggugurkan bulu hidung budak-budak lelaki kat campus. Malah ada yang sanggup berbunuh untuk mendapatkan dia. Perghh! Over acting betul!! Orangnya simple. Tak macam Lyn yang cantik di balik make-up setebal dua inchi. Cantik dengan pakaian yang mahal-mahal, yang mewah-mewah. Dia tak perlu 'dressing' giler-giler untuk buat orang tak sedar diri yang air liur mereka dah menitik ke tanah. Tak perlu berlagak macam ratu cantik, dedah sana, dedah sini. Memadai dengan baju kurung kedah yang dipadankan dengan kain lipat batik. Pergh!! Cerita banyak pun tak guna beb! Dah berdiri bulu tengkuk gua nih!! Zack tersenyum sendirian. Dia sendiri tahu yang dia hanya mampu memiliki Maizura dalam mimpi. Terus saja dipadamkan niat yang tak masuk dek' akal itu. Kini langkahnya menuju ke satu tempat yang sering dikunjunginya. Satu tempat yang tak pernah diketahui oleh orang lain termasuklah Pachee. Manusia yang paling hampir dengan dirinya. Seakan menjadi kewajipan baginya mengunjungi tempat ini paling tidak seminggu sekali. Tempat yang hendak di tujunya makin lama makin hampir. Namun makin berat pula langkahnya. Makin berterabur gerak kakinya. Makin lama makin 'slow' dan akhirnya terhenti. Kini dia berada di tempat yang menjadi matlamatnya dari tadi. Berdiri di atas tanah yang amat dibencinya. Untuk apa dia kesitu, hanya dia yang tahu. Yang nyata, ianya penting bagi memastikannya agar terus 'sepertinya' sekarang...
|