Home arrow e-Novel arrow Aku Dia Dan Sepasang Kasut Converse - Bab 8
Aku Dia Dan Sepasang Kasut Converse - Bab 8 PDF Print E-mail
User Rating: / 0
PoorBest 
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Monday, 25 August 2008
Jumlah Hits: 222 kali



"Takkan ni jer?"

"Ni jer yang ada. Cincai sudahla brader.."

"Lu cincai ngan gua, gua pun kira cincai la ngan lu beb. Amik ni, dah blah!"

"Eh! Ijatt kejap. Lu orang blah dulu.." Ijatt lantas mendapatkan Zack semula. Yang dua lagi terus meninggalkan mereka.

"Lain kali lu jer la datang jumpa gua. Jangan bawakla budak-budak ni." Kata Zack dengan nada agak perlahan. Bahu Ijatt ditepuk beberapa kali.

"Okey Zack. No prob!" Ijatt mengangguk tanda faham. Dua orang budak tadi dah tak nampak bayang. Ntah saper jer yang diangkut dek Ijatt nih. Junior kot?

Perlahan Zack mula mengatur lahkahnya kembali. Tak pasti kemana hala tujunya dan dia sendiri tak perlu berfikir panjang untuk itu. Langkahnya berhenti setibanya di Newborn Square. Satu lapang kecil yang dikelilingi kedai makan. Malam minggu macam ni memang ramai yang berkumpul kat situ. Bukannya ada tujuan apa-apa pun, masing-masing dengan clique masing-masing, buat hal sendiri. Cuma biasanya malam minggu macam ni ramai penghibur tak dijemput buat persembahan. Dengan buskin' nyer, campur pulak dengan bebudak skate 4, 5 orang praktis lompat tin milo…  4,5 orang lagi dak belum cukup umur duk praktis step suffle... kira meriahla jugak!

 

* * * * * * * * * * * * * * * * *

 

Pada masa yang sama di sini jam baru menunjukkan jam 2 petang. Kelihatan seorang pemuda sedang duduk selesa dengan kain pelikat di negara yang mana suhunya mencecah takat beku ini. Di tangannya pasti tidak lekang dengan buku-buku rujukan yang senantiasa menjadi temannya seharian. Berbeza dengan student lain, peluang untuk melanjutkan pengajian ke luar negara sebenarnya merupakan salah satu kesempatan untuk melancong sambil menghabiskan duit biasiswa yang diberikan oleh kerajaan. Pelajaran bagi mereka sudah jatuh ketangga yang kelima. Tidak bagi Zamrie. Dia tidak akan mensia-siakan setiap ringgit yang dibelanjakan oleh Abang Long. Dia mahu menjadi seperti Long. Punya kerjaya yang nyata boleh dibangga. Malah dia mahu setiap keringat Abang Long yang mengalir demi kerananya dibalas suatu hari nanti.

Zamrie bangkit. Buku setebal 2 inci ditangannya tadi diletakkan kembali. Sekilas lirik matanya terpaku pada screen monitor yang memaparkan sepucuk email dari Malaysia. Email dari abang Long. Isinya tak panjang. Hanya 2,3 baris ayat. Tapi penuh dengan kata-kata semangat, penuh dengan harapan, dan mungkin ini salah satu pendorong yang paling kuat untuk dia meneruskan perjuangannya ditanah terpencil ini.

Macamana ngah kat sana? Bila final? Buatlah betul-betul. Be yourself. Jangan ikut orang sangat. Sebab diorang takkan rasa lapar kalau kita yang tak makan.. Kalau ada masalah inform. Takde duit cakap. Anyway.. biler nak balik Malaysia?

-Abg Long-

 

 

 

"Zura…."

"Erm.. Farah… Apahal pulak ni?" Jawab Maizura acuh tak acuh.

"Aku…. Aku nak…" Dialog Farah terputus-putus. Tak hafal skrip gamaknya!

"Laa… sejak biler pulak ko ada penyakit gagap ni Farah?" Maizura ketawa kecil. Matanya masih terpaku pada baris-baris ayat pada buku novel yang dipegangnya. Tangan sebelah lagi ligat menyuap 'cekedis super ring' ke dalam mulut.

"Semalam…" Sambung Farah lagi. Kini Maizura mengalihkan perhatiannya pada si Farah. Kena tolong dia ni. Kalau dibiarkan dia bercakap sorang mau sampai lusa tak habis-habis lagi dialog dia nih!!

"Yer semalam… kenapa pulak dengan semalam?"

"Surat tu…" Maizura ternganga namun suaranya ternyata lekat dikerongkong. Langsung memberikan peluang untuk Farah menyambung ayatnya.

"Surat tu aku ngan Pachee…"

"Ya Allah... Farah! Kau yang tulis?!" Terjegil mata Maizura.

"Aku minta maaf Zura. Bukan tu maksud aku…" Suara Farah sedikit terketar-ketar. Tangannya mengusap-ngusap lengan si Maizura. Harap-harap usahanya itu berjaya menenangkan sedikit kegeraman Maizura padanya. Serba-salah betul rasanya. Kalau tak kerana idea giler si Pachee, dah tentu tak jadi begini.

"Kau tahu macamana aku jadi cam orang bodoh semalam?"

"Aku tahu…"

"Tak Farah… kau tak tahu…!"

"Aku tahu aku salah…" Farah tunduk sambil cuba menyondolkan mukanya kebahu Maizura.

"Eii.. Ya Allah…" Maizura memekap muka dengan dua belah tangan.

"kau tahu tak apa kau dah buat…?" Farah diam.

"Kau tahu tak?" Diam lagi. Kali ni ternyata Farah sudah tidak berani menjawab apa-apa soalan lagi.

"Kau tahu tak macamana aku maki dia semalam? Mana aku nak letak muka aku ni sekarang Farah…?"

"Aku minta maaf…"

"Kau betul-betul tak tahu apa yang kau dah buat Farah..." Maizurah bangkit dari kerusi terus ke bilik. Daun pintu dihempas sedikit kuat meninggalkan Farah sendirian dalam keadaan bercucuran air mata kesal.

"Aku minta maaf Zura…"


Share/Save/Bookmark
» No Comments
There are no comments up to now.
» Post Comment
Email (will not be published)
Name
Title
Comment
 remaining characters
Captcha Image Regenerate code when it's unreadable
 
< Prev

Daddy Gallery

Daddy's Gallery

Tell a Friend

Login Form






Lost Password?

Recommended

http://unme.my/88x31.gif

Speedfinger Portal
 
http://mfactor.com.my/images/banners/BSMS.gif

Shouting Area


Free chat widget @ ShoutMix

Daddy Counters

Hari ini: 187
Semalam: 247
Bulan ini: 1258
Keseluruhan: 42727
Max.daily visits: 1380
  occurred: 2008-7-16
Max.monthly visits: 9793
  occurred: 2008-7
Pages today: 1287
Pages yesterday: 1665
Pages this month: 8123
Pages total: 343029
Data bermula: 2008-06-12

Who's Online

We have 2 guests online

Syndicate

Search Engine Keywords

Sponsored Links

Local News


MyBlogLog widget

e-Novel Koi

e-Novel - Aku, dia dan sepasang kasut converse

My Wish Lists

  • Laptop
  • PDA Phone
  • Camera Phone - SE K850i
  • TV LCD 39"
  • Peti Sejuk 2 pintu
  • New haircut
  • Double Storey Link Semi-D
  • Proper working place
  • Baby girl
  • Zippo Black Ice® 150ZL