Home arrow e-Novel
e-Novel
Aku Dia Dan Sepasang Kasut Converse - Bab 1 PDF Print E-mail
User Rating: / 0
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Tuesday, 03 July 2007
Jumlah Hits: 247 kali

"Zackrie... cuba awak beritahu saya apa sebenarnya masalah awak?" Suara Pn. Rashidah kedengaran tenggelam-timbul. Zack menggaru-garu hidungnya. Pertanyaan begini bukanlah kali pertama menerjah gegendang telinganya. Bukan saja Pn. Rashidah, pensyarah yang berbadan sedikit 'sendo' itu, malah soalan yang sama jua terbit dari hampir semua pensyarah yang pernah berhadapan dengannya. Bangang nak mampus! Masalah kecik lagi nak besar-besarkan!!

"Masalah aper la pulak ni puan? Pasal yuran tu, nantilah ayah saya bayar. Cuma sekarang ni dia out-station tiga bulan." Zack tak pasti samaada Pn. Rashidah akan mempercayainya untuk kali ini atau tidak. Tapi baginya, itulah saja jawapan yang paling sesuai bagi menyumbat mulut 'wanita sendo' ini. Wajah Pn. Rashidah masih berkerut kemusykilan. Zack tunduk. Dia tak percaya cakap aku ker? Arghh!! Lantak!

"Okey. Pasal yuran pengajian, awak boleh jelaskan lagi tiga bulan." Yes!! Har! Har! Percaya gak dia!!

"Tapi macamana pula dengan tak hadir kuliah selama dua minggu? Awak ikut ayah awak 'out-station' ke?" Aleemak! Apa gua nak borak nih?! Pn. Rashidah menjegilkan sedikit biji matanya. Dia yakin sangat soalannya kali ini bakal menjerut Zack. Heh! Silap besar!!

"Eh! Puan tak dapat surat M.C. saya? Kan saya dah letakkan atas meja puan?" Zack mengerutkan dahinya sambil matanya dijegilkan sedikit. Biar nampak macam orang terkejut. Biar nampak real!

"Surat M.C.? Tiada pun? Diterbangkan angin agaknya.." Puan Rashidah membelek-belek kertas di atas mejanya. Har! Har! Ni Zack la beb! Orang macam lu ni gua selit celah ibu jari kaki jer!! Zack mengukir senyuman. Senyuman syaitan tuh! Nampaknya sekali lagi dia menang. Kemenangan untuk kesekian kalinya. Kemenangan yang tak pernah menjanjikan apa-apa...

"Err... tak pe lah Puan. Saya ada kelas ni. Jadi saya minta diri dululah." Zack bangun sambil merapatkan kerusi ke meja. Pn. Rashidah yang masih lagi tercari-cari surat m.c yang di maksudkan oleh Zack mengangguk-angguk tanpa menoleh.

"Maklumlah... dah dua minggu tak datang kuliah. Hari ni kenalah pergi." Kata Zack dengan nada sedikit menyindir. Belum sempat Pn. Rashidah mengangkat muka, Zack sudahpun leyap dari pandangannya.



Di luar, Zack masih lagi terkekeh-kekeh ketawa. Tapi tidak lama. Tiba-tiba diam. Wajahnya ternyata mencerminkan kesayuan. Pertanyaan 'Wanita Sendo' dati tiba-tiba kembali menerpa kepala hotaknya. Out-station? Arghh!!! Seribu persoalan bermain di kepalanya. Sampai bila agaknya dia harus bergini? Bermain kejar-kejar dengan reality... kemudian mula takut dengan bayang-bayng sendiri... Giler!! Zack sendiri tak pasti akan semua itu. Selagi dia mampu untuk merahsiakan segala-galanya, selagi itulah dia akan teruskan lakonan bangang ini. Yang nyata... dia tahu apa yang dia buat!

" Hi Zack?"  Kelihatan seorang gadis berambut kaler 'karat besi' mengekorinya dari belakang. Sedikit pun Zack tak menoleh. Tak payah tengok muka pun dia dah  tahu siapa. Lynn!!

"Apasal tadi? Trouble lagi?"

"Mana ada apa..." Jawab Zack acuh tak acuh. Dia tahu antara dia dengan Lynn ternyata tidak jauh bezanya. Sama-sama kerap keluar masuk ke Pejabat Hal Ehwal Pelajar. Bezanya, Lynn berduit. Bapanya seorang Usahawan terkenal. Habis semua orang boleh dibelinya. Dengan pensyarah-pensayah sekali tergadai. Manusia sekarang sanggup buat apa saja kerana duit. Malah mereka sendiri yang meletakkan mertabat 'kertas bangang' tu jauh lebih mulia daripada manusia. Begitu juga dengan Lynn. Bagi nya dia boleh dapat apa saja dengan duit. Termasuklah jejaka 'sengkek' macam Zack!

"Kalau ada masalah, story ngan aku. Pasal yuran kan?" Zack mempercepatkan langkahnya. Sangkanya dengan berbuat demikian  Lynn akan berhenti dari terus mengekorinya. Silap!!

"Petang ni kau free? Kita tengok wayang nak? Nevermind, it's all under support!"

"Kau ajak jer la orang lain." Lynn diam. Terbakar hatinya dengan tindakan Zack. Beberapa pasang mata dari tadi asyik memerhatikan mereka. Siapa yang tak hairan bila melihat gadis seperti Lynn berdampingan dengan orang macam Zack. Tak kena langsung. Macam musang yang cuba nak dikawenkan dengan kucing parsi!

"Ak en na... jual mahal! Sedarla diri tu sikit!!" Lynn mula fed-up dengan apa yang berlaku. Zack meneruskan langkahnya tanpa memperdulikan sedikitpun Lynn yang sedang mengetap bibir kegeraman. Selamba sahaja. Kata-kata Lynn tadi langsung tak diambil peduli. Kata-kata orang bangang!!

"Hei! Lelaki macam kau, sekali petik dua bas datang, kau tau tak?!" Jerit Lynn pada Zack yang pada ketika itu sudah berada agak jauh darinya. Geram betul rasanya. Ini bukan pertama kali dia gagal dalam menggoda Zack. Memang pada hakikatnya dia sedikit pun tak kebulur akan cinta si Zack. Tapi setelah dicabar oleh Fatin yang kononnya Zack tak boleh di 'beli' dengan duit, dia  mula meletakkan itu sebagai satu 'assignment' untuk dirinya. Dia sendiri dah beri jaminan pada Fatin dalam masa tak sampai sebulan Zack akan melutut menyembah kakinya. Tapi dua minggu berlalu, masih takde feed-back yang boleh dibanggakan. Perghh! Susah gak assignment nih!

"Sudahlah tuh. Jom pergi minum." Ajak Fatin. Lynn masih lagi terpacak tidak berganjak. Ada sesuatu yang berlegar di kepalanya.

"Alah... lupakan je lah mamat tuh. Kau pun bukannya giler sangat kat dia. Ker kau..." Fatin tidak terus menyambung terus kata-kata sebaliknya hilai tawa ala-ala langsuir pula yang kedengaran.

"Dia belum tahu apa effectnya buat aku marah."

"Apa yang kau nak buat?"

"Adalah..."


 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 Next > End >>

Results 1 - 1 of 8

Daddy Gallery

Daddy's Gallery

Tell a Friend

Login Form






Lost Password?

Recommended

http://unme.my/88x31.gif

Speedfinger Portal
 
http://mfactor.com.my/images/banners/BSMS.gif

Shouting Area


Free chat widget @ ShoutMix

Daddy Counters

Hari ini: 20
Semalam: 179
Bulan ini: 1002
Keseluruhan: 21970
Max.daily visits: 1380
  occurred: 2008-7-16
Max.monthly visits: 9793
  occurred: 2008-7
Pages today: 303
Pages yesterday: 1643
Pages this month: 6947
Pages total: 206588
Data bermula: 2008-06-12

Who's Online

We have 1 guest online

Syndicate

Search Engine Keywords

Sponsors

Related Keywords

Local News


MyBlogLog widget

e-Novel Koi

e-Novel - Aku, dia dan sepasang kasut converse

My Wish Lists

  • Laptop
  • PDA Phone
  • Camera Phone - SE K850i
  • TV LCD 39"
  • Peti Sejuk 2 pintu
  • New haircut
  • Double Storey Link Semi-D
  • Proper working place
  • Baby girl
  • Zippo Black Ice® 150ZL