Home arrow Sehari bersama Daddy arrow Cuti-cuti Malaysia - Langkawi la pulak...
Cuti-cuti Malaysia - Langkawi la pulak... PDF Print E-mail
User Rating: / 0
PoorBest 
Written by Eddie rEStiNPeaCe   
Wednesday, 28 November 2007
Jumlah Hits: 651 kali



25hb arituh, anak Tok Chik di Kulim, nikah. So kitorang satu family dah planning nak pergilah kiranya. Tapi dah alang-alang naik kesana, terus plan untuk cuti-cuti Malaysia la pulak.

Kitorang gerak 24 haribulan, petang. Sampai jer sana check-in dulu kat Sunway Hotel semalaman. Abah yang booked. Dia blanjer. Ahaks~! Ni kali yang ke-3 check-in kat sini. Based on experience, memang takde masalah. Yang penting, ada in room Broadband service. So kerja-kerja aku tetap boleh berjalan lancar.

 Kekadang pikir balik, best jugak kerja sendiri nih. Bebas aku nak pergi ke mana-mana. Tak pening pikir pasal cuti tahunan dah tinggal sikit la. Nak kena apply cuti la.

Esoknya lepas kenduri jalan-jalan kejap rumah saudara belah-belah sana. Malam tu Overnight kat rumah Mak Teh kat Sungai Ular. Masalah sikit sebab internet takde. So mana payment mymode yang buat kat aku lepas pukul 11 pagi tadi, secara automatiknya sangkut.

Esoknya breakfast Mak Teh dah masak macam-macam siap dengan kasi kepala ikan plak tuh. Huish!! Breakfast ker haper nih? Melantak sekat-sekat nak la pagi tu (pagi yg dah tak berapa pagi la jugak). Siap-siap, terus gerak!

 Kitorang naik langkawi ikut Kuala Perlis sebab dekat sikit kalau nak compare naik ferry dari Kuala Kedah. Sampai jer kat Kuala Perlis masa cari parking dah kena kerumun dengan set-set parking bermotor guide untuk pergi park kat parking lot diorang yang kononnya parking berbumbung. Berpusing-pusing follow diorang last-last aku suh nana park jer kat tempat biasa. Ini ulat-ulat nih nak makan duit kes nampak plate Putrajaya la nih. Ntah berapa plak kena ketuk kalau park kat tempat diorang tu nanti.

Ferry kitorang gerak pukul 4:30pm. Kat jety Kuala Perlis tuh terus booked untuk Island Hoping (pusing2 pulau) dengan kereta sewa. Kebetulan musim cuti nih kereta sewa pun naik harga la. Biasanya RM50-RM60 dah leh dapat. Ni Wira pun dah RM70. Sebab kitorang berlima kitorang booked WAJA, RM90 sehari. so 2 hari jadik RM180 la. Tapi bila sampai ke Jetty Kuah, Kereta plak takde sebab orang yg sewa sebelum nih sambung bayar. So owner dia tukar dengan kereta lain, Toyota Vios (baru 3 bulan pakai, meter pun tak cecah seribu lagik). Isk! Lagik best per?!

Dalam fery tuh orang Helang Hotel call. Kata kitorang nyer reservation terpaksa dipindahkan ke Langkasuka Resort(induk diorang). Kononnya Aircond rosak. Uik? Cam pelik jer bunyinya kan? Masalahnya Langkasuka Hotel nih takde In room internet servis. Kat lobby jer ada. Ah! Problem nih. Dah la tuh... kena main guna PC diorang (ala-ala cybercafe gitu) RM6 sejam. Kalau nak guna laptop, kena bayar RM30 untuk sehari. Nak tak nak, kena amik gak sebab aku nak buat kerja. Sejam lebih jer aku duduk kat lobby tuh dah sakit pinggang. Mujur kerja sempat settlekan. Malam ni takde banyak aktiviti. Esok pagi kul 9 nak bangun untuk gi Island Hoping.

First destination, Tasik Dayang Bunting. Nampak la bukit yang bentung macam perempuan mengandung tengah telentang tu. Naik ke atas tuh, ada tasik air tawar. Kalau nak mandi leh manti. Tapi dalam giler weis. Aku try terjun tak cecah dasar pun. Dan pada yang ada basic berenang sket-sket jer tu better masa turun bot, bawak sekali life jacket tuh sebab air tasik ni dia tenang, pas tuh takde daya apungan cam air laut. So nak menimbulkan badan tuh banyak tenaga kena guna.

Danish pulak bila dah nampak ada orang mandi mengelupur nak turun gak. Nak tak nak turun kat gak la. Dah la baju pelampung dia untuk saiz budak besar. Cam nak terjerlus jer. Aku dengan nak apungkan badan sendiri lagi... nak pegang dia lagi.. Isk. Buatnya terlepas ke dalam tasik ni, aku tak tahu la saper yang leh tolong. Dah la takde 'baywatch' kat sini.

Bila naik jer dari air tuh aku dah rasa pening-pening cam nak blackout. Mama kata tengah pepanas mana leh terus terjun. Tu yang pening tu. Amik masa gak nak ok. Minum 100plus setin, akhirnya ok balik. Go for the next destination, tampat bagi makan burung Helang yg cam kat Explore race tuh.

Lepas bagi makan Helang, gi pulak ke Pantai Beras Basah (Beras Basah ke Pasir Basah aku dah tak ingat). Kat sini ingat nak main banana boat. Tapi mengenangkan Yanie takleh nak naik sebab pragnent, so aku ajak dia Snookling jer. Tapi salah pilih location. Duk snookling kat tempat orang mandi. So memang takde la coral ngan ikan. Ahaks!

Danish pun lepas mandi-mandi leh plak ajak daddy main pasir. Kali nih aku layan. Dulu masa kat Cherating aku sempat letak dia 2 minit jer atas pasir pas tuh terus kena angkat balik bila dia start nak makan pasir tuh nak tahu rasa dia camana. Masa tuh dia kecik lagik. So skang nih aku pikir basic knowledge dia dah ada sket yang pasir tuh bukan benda yang boleh dicekik.

Abis jer tour dengan Island Hoping, kitorang gi cari tempat makan dengan tempat nak salin baju. Sempat gak shopping lagi tuh.

 Danish dah boring dah. Ajak makan pun tak nak bila tengok pasir ngan air laut. Dia nak main air lagik la tuh. Isk!

 Fisrt destination, Cable Car kat Gunung Mat Cincang. Menengokkan dari bawah dah start terasa thrill nya. 3 kali ganda lebih thrill dari Cable Car Genting Highland. Sebab yang nih betul-betul naik dari kaki bukit sampai 700meter ke atas. huh!

mummy bukan takat gayat jer. siap menangis kat dalam cable car. Tapi memang best. Dari atas tuh boleh nampak telaga tujuh dengan lain-lain tempat lain. Memang salah satu tempat wajib pergi bila dah ke Langkawi. Tempat-tempat lain cam Underwater world, Taman Buaya, Taman Ular, Taman Burung, ni mender-mender biasa yang kat tempat lain pun ada so kitorang decide untuk skip jer. Sebab 2 hari jer pun. Memang tak boleh nak pergi semua tempat.

 Kat atas tu pada ketinggian lebih kurang 678meter dari aras laut ada jambatan gantung berbentu U-Shape. Memang cantik permandangan kat situ. Kebetulan cuaca time kitorang pergi tuh baik sangat. Biasanya kalau mendung, hujan, kilat, guruh dan sebagainya jambatan ni akan di tutup. Kalau dah sampai kat atas, tak pergi jambatan ni, memang menyesal beb.

 Pas dari cable car, kitorang pusing-pusing jer. Pergi ke tempat Beras terbakar masa zaman jajahan siam dulu. Dah takde dah berasnya sebab dah dilarikan air dan ditutup dek rumput. Yang ada cuma sepinggan sampel dalam peti arcrilic. Yang aku muskil, kat mana-mana tempat mesti ada peti untuk derma duit. Aku pun tak faham untuk apa sebab kebanyakan tempat nak pergi tuh semua ada jualan tiket. untuk saper derma nih?

Lepas tuh terus gerak ke Makam Mahsiru. Ari pun dah pukul 6. Makam Mahsuri bukak sampai 6:30pm jer. Gi tengok rumah asal Mahsuri. Seni bina tradisionalnya memang boleh buat kagum. Dengan sistem pengudaraan dan ukiran awan larat. Susun atur ruang dalaman (buat aku teringat rumah pusaha arwah to'ki kat tebing).

Danish plak dan-dan nak basuh muka dengan air telaga Mahsuri. Masa ni dia berak nih. Tapi nak basuh berak dia guna air telaga Mahsuri, takut marah plak dek Mahsuri nanti. Hehehhehehe.

Makam Mahsuri nih tempat last lawatan hari nih. Terus ke Helang Hotel. Dari segi ruang dalaman, 2 kali lebih bagus dari Langkasuka Resort. Kalau kat langkasuka dahla lantai kotor, aircond problem, bilik air tak best. Katanya sebab tsunami dulu buat mereka jadik downgrade macam nih. Kalau dulu memang kira dahsyat gak diorang nih. Tapi skang dah nak masuk 4 tahun dari peristiwa tsunami, takkan takleh recover lagi kot?

Kat sini masalah internet jugak. Arghh!!! Tention betul aku kalau macam nih. Memang kena beli gak Celcom 3g Broadband kalau macam nih!!

Esok nya pepagi diorang dah ajak turun mandi swimming pool lepas braekfast tuh. Aku breakfast pun tak turun sebab sayang sangat nak tinggalkan bantal. Aku suh Yanie jer yang turun bawak Danish dengan yang lelain. Malas aku nak mandi kolam nih.

Tapi akhirnya terjebak jugak bila Mama call. "Eii.. turun la!!" Yer la... yer la.. Danish ntah berapa banyak minum air kolam aku pun tak tahu. Dekat 7,8 kali aku benamkan dia dalam air swimming pool tuh. Seronok sangat dia.

Kul 12 check out. Gi shopping lagi kat pekan Kuah. Abah dah kirim beli rokok. Yani ngan Nana nak shopping perfume dengan chocolate. Aku? Aku sibuk cari Celcom service centre untuk nak subscribe 3g broadband. Hehehhee! Hampeh. Tapi sempat la beli rokok sekatun untuk aku.

Ari dah kul 3. Ferry paling awal yang available pukul 5:30pm. Beerti kul 7 lebih paru sampai kuala perlis. So kembali dilemma sama ada nak terus balik Nilai, atau overnight semalam lagi rumah Mak Teh. Kalau terus balik, beerti aku kena drive dekat 7 Jam dan sampai nilai dalam kul 2,3 pagi. Still tak sempat aku nak validate payment bagai. Kalau over night rumah Mak Teh kat Kulim, still takde internet gak. Agrhhh!!!

 tetengah Blur tuh aku terpikir, StarBuck mesti ada wireless hot spot. Terus cari port yg dekat dengan power point, setting laptop aku, order chocholate shake, duduk terus buat kerja. Yang lelain sambung shopping lagik. Nak tunggu ferry pun lama lagik.

Ni la percutian kitorang kali nih. Skang aku dah nampak kepentingan untuk aku beli 3g broadband yang USB tu....


Share/Save/Bookmark
» 5 Comments
1Comment
at Wednesday, 12 December 2007 22:07by Caps
dah beli erk 3g broadband? 
berminat gak ni... 
kalau dah beli citer tau dlm blog...nak tgk kebaikan dan keburukan..costly ke tak....since nanti area ruma baru saya takda cabel tepon lagi...tmn baru..org telekom pun takmo masukkan...
2Comment
at Wednesday, 26 December 2007 19:24by master
ya aku sokong ..beli jgn x beli 3g tu...klu dapat yg murah2 gitau...
3Comment
at Tuesday, 01 January 2008 01:38by rEStiNPeaCe
dah beli... aku beli Maxis Broadband. memula tuh pening gak nak decide which one is better compare dengan celcom. akhirnya aku amik maxis atas alasan-alasan tertentu. Nanti aku create posting khas untuk ni kenapa aku pilih maxis.
4Comment
at Thursday, 10 January 2008 23:59by master
xde wat posting pun lagik
5Comment
at Friday, 11 January 2008 03:37by rEStiNPeaCe
baler.. stail mengungkit. hahahhahaa
» Post Comment
Email (will not be published)
Name
Title
Comment
 remaining characters
Captcha Image Regenerate code when it's unreadable
 
< Prev   Next >

Daddy Gallery

Daddy's Gallery

Tell a Friend

Login Form






Lost Password?

Recommended

http://unme.my/88x31.gif

Speedfinger Portal
 
http://mfactor.com.my/images/banners/BSMS.gif

Shouting Area


Free chat widget @ ShoutMix

Daddy Counters

Hari ini: 176
Semalam: 247
Bulan ini: 1247
Keseluruhan: 42716
Max.daily visits: 1380
  occurred: 2008-7-16
Max.monthly visits: 9793
  occurred: 2008-7
Pages today: 1239
Pages yesterday: 1665
Pages this month: 8075
Pages total: 342981
Data bermula: 2008-06-12

Who's Online

We have 3 guests online

Syndicate

Search Engine Keywords

Sponsored Links

Local News


MyBlogLog widget

e-Novel Koi

e-Novel - Aku, dia dan sepasang kasut converse

My Wish Lists

  • Laptop
  • PDA Phone
  • Camera Phone - SE K850i
  • TV LCD 39"
  • Peti Sejuk 2 pintu
  • New haircut
  • Double Storey Link Semi-D
  • Proper working place
  • Baby girl
  • Zippo Black Ice® 150ZL